Pages

19 Dec 2011

LG

Audit Diri

Lose to Gain

Syukur


~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi, 
sekadar coretan kecil, moga ada erti ~

17 Dec 2011

Konvensyen Fiqh Ummah 2012



~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi, 
 sekadar coretan kecil, moga ada erti ~

Inner Peace

Tidak ia datang bergolek, tidak juga ia datang melayang,
Perlu dicari, Perlu diburu, Perlu dikejar,
Perlu mujahadah...

Bila hati selalu resah, selalu gelisah,
Khabarkanlah pada hati, 
pulanglah...


~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi,
 sekadar coretan kecil, moga ada erti ~

Fenomena OLEY !!

Alhamdulillah, suatu ketika dulu, pernah Allah beri kesempatan untuk bertemu secara "face to face" dengan 4 dari 5 pimpinan dalam video ni. Dia punya feel tue... PERGH..!! 
Moga mereka terus ikhlas berjuang untuk Islam. 

Siapakah dia pencuri itu...??
Masih aku menunggu..

~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi, 
 sekadar coretan kecil, moga ada erti ~

11 Dec 2011

Akhlak mulia


"Belajar untuk punya common sense, makanya perlu PEKA dengan keadaan sekeliling" terasa ikhlas pada nadanya. Mahu melihat anak-anak muda kini membesar dengan akhlak mulia. Dipesan lagi, agar penuhi dada dengan adab-adab bersosial. Barangkali, terlalu sedih melihat tingkah anak-anak muda kini, semakin pincang dan sonsang..

Seharusnya, Rasulullah itu menjadi contoh teladan. Selayaknya tujuan baginda diutuskan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam dan kerana pada diri baginda itu terdapat suri teladan yang baik yang sewajarnya kita jadikan sandaran dan panduan. Jaga akhlak kerna ia cerminan diri. Kerna ia melambangkan apa yang di dalam. Kerna ia sebagai kayu ukur (benchmark) sejauh mana aqidah itu tertanam dalam hati. 

Diskusi tentang akhlak mulia, walaupun telah diajar semenjak sekolah rendah, walaupun nampak remeh, telah pun berlangsung selama hampir satu jam.. Hinggakan lahirlah sebuah 'equation' yang menarik untuk di fikir-fikirkan :

 Input ------(proses)------> Output
Aqidah ----(ibadah)------> Akhlak

"Kurang adab kerana kurangnya ilmu".... Zupp!! Menyentap!! 
"Buku ni sangat komprehensif. Bila dibaca, banyak sebenarnya yang kita sbg orang dewasa pun tak tahu / terlupa. Bagus baca buku ni. Saya buat hantaran untuk isteri saya dulu, hehe..." (owh laa... sempat lagi sambung yang belakang tue, haha...)



JOM !! AYUH !! Baiki Akhlak... 
"YA Allah .. sepertimana Engkau merperelokkan kejadian kami, 
perelokkan jugalah akhlak kami..."

6 Dec 2011

Doa dan harapan...


...DOA itu HARAPAN
dan
HARAPAN itu DOA...

Pada hati kecil yang mengharap,
teruslah berdoa,
Pada hati kecil yang berdoa,
teruslah mengharap,

Moga doa dan harapan bisa bertemu,
dalam realiti yang menjadi saksi,
tingginya harapan dalam sebuah doa,
dan bersungguhnya doa untuk sebuah harapan...


Harapan yang satu itu, hanya aku yang tahu, ku simpan ia kemas dalam sebuah doa. Sungguh, tidak walau seorang pun.. hanya Engkau , hatta sebelum doa itu aku panjatkan, Engkau telah lebih dulu mengetahui...

Bersederhanalah dalam membina harapan.
Agar kecewa dan keluh kesah tidak menjadi bahasa harian.
[UHAJ]
...zahir tak terucap

1 Dec 2011

Racunkah atau penawar


Ada cerita yang sepatutnya menjadi rahsia. Biarkan ia berkubur menjadi sejarah. Usah digali usah dicari, kelak memakan diri, menyeksa hati. Realitinya, cerita itu disaksikan oleh banyak mata-mata yang melihat dan memandang. Manusia akan terus bercerita, tanpa sedar membongkar satu demi satu cerita silam. Cerita mereka atau cerita dia. Cerita itu mungkin racun pada yang empunya cerita, mengapa perlu ia disebar-sebarkan???


Hanya Allah yang berkuasa memuliakan dan merendahkan. Ditutup segala khilaf dan dosa semalam, hingga bisa engkau keluar, mengatur langkah dijalanan, berlagak sepertinya lah engkau yang terbaik. Dipandang orang tinggi dan mulia. Namun, bisa saja dibuka keaiban itu, bila-bila masa, tanpa pernah engkau terfikirkan bagaimana... Lalu engkau terus melangkah dengan penuh rasa bangga, tanpa sedar, mereka tidak lagi memandang engkau tinggi dan mulia, namun jelingan kali ini, jelek dan sinis...


Cerita mereka dan aku, cerita kau dan aku, cerita kami, cerita kita... Buat bekal jalani hari-hari yang mendatang. Semakin hari, makin banyak cerita mereka yang turut aku alami, aku jadi keliru mengapa mereka bertindak begitu? bukankah sepatutnya begini? Lalu aku mulai faham mengapa, kerana untuk bertindak seperti yang sepatutnya begini perlu kekuatan dan jiwa yang besar, dan aku belum sekuat itu dan jiwa ku masih jiwa keanak-anakan yang kecil, sedang membesar harapnya.. lalu aku turut bertindak begitu, sama seperti mereka..


Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. 
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.

29 Nov 2011

Memori lama~


Rindu zaman kecik-kecik...
Lagu-lagu yang mengusik memori lama...


Apa yang paling jauh?
~ Masa lepas yang telah berlalu ~

27 Nov 2011

Teruslah melangkah

Jalan itu kusangkakan lurus, pandang kehadapan dan teruslah berjalan. Semakin jauh melangkah, kulihat jalan itu tidak lagi lurus, banyak halangan yang tidak dapat tidak, memaksa kaki untuk menyimpang dan memandang ke kiri dan kanan. Semakin banyak persimpangan yang muncul yang memberi ruang untuk membuat pilihan. Simpang manakah yang harus dipilih? yang mana harus ditinggalkan? Sungguh aku tak tahu..

Harus ke kirikah, atau ke kanan?
Harus mara sahaja ke hadapan atau perlu berpatah kembali ke belakang?
Harus berdiri dan membatu sahajakah, diam tanpa pilihan?
Memilih untuk tidak memilih, juga adalah suatu pilihan.. 
Berkatilah setiap pilihan yang telah dan akan ku pilih ya Allah. 
Jadikanlah aku hamba yang bersyukur atas nikmat yang engkau berikan.
dan sabarkanlah aku pada apa yang luput dari genggaman..
Bantulah aku untuk terus melangkah...


26 Nov 2011

Dari Lubuk Hati Ibu


"Bacalah buku Dari Lubuk Hati Ibu.. 
Luahan hati ibu yang harus anak-anak dengar" [Dr. RA]

Disebut-sebut judul buku ini,
acap kali keluar dari tuturnya, 
Pencarian bakal bermula 7 bulan lagi,
Bersabarlah duhai hati...

23 Nov 2011

My prince and My King


"Someday i will find my prince but my Daddy will always be my King"

Ada kehilangan yang tiba-tiba datang menjengah,
Membasahi hati yang kerinduan...

18 Nov 2011

Take your Heart..

Pernah tak terfikir, "What is my final destination?". Terfikir dengan hati. Dengan hati seorang hamba... Berkesempatan mendengar talk dari Dr Reda Bedeir anjuran Al-Maghrib institute dengan kerjasama ISOC. Honestly, hampir 100% apa yang disampaikan, adalah benda-benda biasa yang telinga ni dah lali dengar. Lali hingga jadi tuli tanpa sedar...
"What is the meaning of worship?".
"worship is every single thing that you do to please Allah"
"Who do you worship?"
"Allah"
Persoalannya, sejauh mana, dalam setiap tindakan yang dilakukan, ada Allah yang diletakkan sebagai tujuan utama? Maka timbul pula persoalan ikhlas, ibadah yang hanya boleh dilakukan oleh daging yang sekeping itu, yang namanya HATI. Sayang dan cinta itu lahir dari hati, bila 3 datang sebelum 8, tanda ada sayang dan ada cinta dari makhluk kepada al-kholik, yang namanya Allah...
Say, [O Muhammad], "If your fathers, your sons, your brothers, your wives, your relatives, wealth which you have obtained, commerce wherein you fear decline, and dwellings with which you are pleased are more beloved to you than Allah and His Messenger and jihad in His cause, then wait until Allah executes His command. And Allah does not guide the defiantly disobedient people." [9:24]
"If you love Allah, do you really know Him?" Dewan senyap.. Diam tanpa kata.. Sepertinya ikhlas, hubungan kita dengan Allah juga adalah hubungan oleh HATI. Hati yang bagaimana dapat melihat Maha Besar dan Hebatnya Allah? Tentulah HATI yang bersih, maka disitu ada tuntutan untuk membersihkan hati. Merangkak minda mengingat kembali 5 ubat hati. Apakah itu petanda berkaratnya hati. Lalu pesan Rasulullah menyapa :
"Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air" Seorang sahabat bertanya, "Bagaimana menghapuskan karat tersebut?" Jawab Nabi s.a.w., "Banyakkan menyebut mati dan membaca al-quran." 
Dalam mujahadah mencari cinta Tuhan, mohonlah pada Dia untuk terus diberikan kekuatan. "Allah is so perfect. To Him belongs the perfect names" so use it in your du'a..!!
So remember Me; I will remember you. And be grateful to Me and do not deny Me. [2:152] 
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. [2:186] 
“Verily your Lord is Generous and Shy. If His servant raises his hands to Him (in supplication) He becomes shy to return them empty.” (Ahmad, Abu Dawud, Tirmidhi) 
Show submissiveness and devotion during your du`a’. The Prophet SAW said, ‘Know that Allah will not accept the supplication from an absent heart.’ (Tirmidhi)

"Ya Fattah Latif, bukakanlah dan lembutkanlah hati kami untuk terus menerima hidayah dan ilmuMu."
"Ya Razzak ya Wahhab, murahkanlah rezeki kami. Jadikanlah kami hamba yang bersyukur atas rahmat dan pemberianMU, dan damaikanlah hati kami pada apa yang bukan milik kami"
"Ya Jabbar ya 'Aziz, Selamatkanlah kami dari kejahatan makhlukMu, Hingga kami tidak bergantung pada yang selain dariMu."
"Ya 'afuwwu ya Ghaffar, sesungguhnya Engkau tuhan yang suka memberi ampun, ampunilah kami pada khilaf yang telah, sedang dan akan kami lakukan, dalam terang nyata mahupun tersembunyi"

Take your Heart...
Take your Heart Back to Allah...
Take your Heart Back to Allah through His beautiful names...

3 Nov 2011

Abah

“Apabila mati anak adam terputuslah amalannya, 
kecuali tiga perkara, 
anak yang soleh yang mendoakannya, 
amalan yang soleh yang dikerjakannya, 
dan sedekah jariah yang dilakukannya semasa hidup”.




Moga tenang disana, bakalan kami susuli pula kemudiannya..
...Al-fatihah buat abah...

28 Oct 2011

Ijtima' Tarbawi

Mungkin ini hanya sebuah lakonan biasa yang entahkan benar entah tidak, namun...
Mungkin ini hanyalah sebuah perbualan biasa telah diatur susun katanya, namun...
Mungkin ini hanya sebuah perjalanan biasa yang telah dirancang destinasinya, namun...
Marilah kita jalinkan kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang tambah gersang di hati ini
Kita siram kembali dengan air Iman yang suci
Dengan menabur budi kepada semua manusia

Bila hati gembur dan subur semula 
Benih mahmudah akan tumbuh kembali
Iakan berdaun subur dan berbuah
Memberi manfaat semula kepada penghuni taman yang resah

Jangan kita biarkan hati ini
Gersang dari kasih sayang
Manusia akan terumbang ambing 
Hidup di dunia ini
Pangkat dan kekayaan tiada erti
Bila kasih sayang tak dimiliki

Hati

menari jari di atas papan kekunci
menyusun huruf penuh rapi
dipadam kembali 
untuk yang entah keberapa kali
menulis adalah penawar buat hati
yang setia mendengar itu dan ini
telah kuajarkan pada diri
sejak dulu hingga kini


tika ini
terasa mahu menulis lagi
tetapi 
hilang kata untuk dikongsi
kemana engkau pergi??
penat aku bertanya pada diri
akhirnya aku akhiri saja begini
kerana hati itu rumit sekali
bila senang ia senyum manis sekali
bila luka, biarkan, ia akan sembuh sendiri
oleh aliran masa yang datang dan pergi


ya Ilahi
engkau maha tahu dan mengerti
berilah ketenangan pada hati
kerana itulah yang Engkau beri
pada hamba-hamba yang ikhlas mengabdi diri
lemas dalam mencari cinta yang suci
cinta dari rabbul 'izzati..


“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar 
( Iaitu ) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan , 
mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah
dan kepada Allah jualah kami kembali”.
Mereka itu ialah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya”. 
( 2: 155-157 )

26 Oct 2011

...MoM...

Ibu adalah sebuah sekolah 
yang apabila engkau persiapkan dia,
bererti engkau telah mempersiapkan suatu bangsa
dengan dasar yang baik...

"Baiknya sesebuah keluarga Insyaallah akan melahirkan masyarakat yang baik. Medan tarbiyah yang paling berkesan kepada anak-anak adalah dirumah. Disekolah, anak-anak belajar teori maka dirumahlah mereka melihat bagaiman teori itu diterjemahkan."

"Kelebihan seorang wanita, apabila dia melahirkan anak, kesakitan yang amat sangat itu Allah balas dengan keampunan atas segala dosa2 kecilnya."

"Salah faham anak muda zaman sekarang, melihat perkahwinan sebagai the ultimate goal. Shift your paradigm, lihatlah perkahwinan sebagai permulaan hidup yang lebih panjang." 


30 Sept 2011

27 Sept 2011

SePteMbeR...

School,
Effort, and
Play.
Trying your best
Each hour of the day,
Making new friends,
Being good as you can
Exciting discoveries,
Reading books with a friend...
- Boni Fulgham

21 Sept 2011

Moga bertemu kembali..

3 bulan cuti musim panas di tanah air Malaysia... 
-tamat-
banyak sejarah yang tercipta, banyak kenangan yang tercoret...

Ramai bertanya "Berapa lama lagi nak habis"
"Insyaallah, kalau tak ada apa-apa masalah 2 tahun lagi" 
ditutur dengan penuh harapan begitulah kesudahannya nanti amin..
"Owh, sekejap je tu 2 tahun.."
hmmm... terasa mahu menjawab..
2 tahun nie macam-macam boleh jadi mak cik, pak cik...
3 bulan nie pun dah banyak yang terjadi.
Siapa sangka..

Bumi Nottingham, akan kembali kujejaki,
Angin musim luruh bakal menampar pipi sekali lagi,
Ya Allah, aku mohon kekuatan untuk diperkukuhkan langkah ini,
Moga kembara ke bumi asing ini nanti,
Bakalan memberi ruang untuk terus mencari diri ...


4 Sept 2011

Smile...

So
  Group Of People Clip Art
Why??
Try to
My dear Me... 
Respect others and keep

Bahagia itu satu pilihan...

25 Aug 2011

Lukisan kita...


Kita punya semalam yang telah pergi. 
Yang indah untuk dikenang juga yang carik untuk dilupakan.
Andai waktu itu dapat ku putar kembali...

Kita hari ini terlukis oleh garis-garis semalam,
Lukisan indah, kertas kosong atau contengan tak bermakna,
Tepuk dada tanya iman, koreksi diri sendiri.

Kita esok hari, bakal dilukis oleh kita hari ini,
Warna dan coraknya, masih sempat untuk kita pilih,
Masih sempat untuk di 'draft'kan, 
Cuma hasilnya nanti entahkan menjadi entahkan tidak...


Hidup dalam kenangan semalam,
Ada kegusaran untuk melihat hari esok,
Andai bisa saja ku padam garis-garis yang menyakitkan pandangan,
Namun, garis itu bisa saja jadi peneman yang setia,
Untuk tidak diulang dalam lukisan esok hari,

17 Aug 2011

Sang pencinta..

Berbicara soal cinta,
aku malu untuk berkata-kata,
entahkan nyata,
entahkan sirna.
aku ingin menjadi sang pencinta, 
yang mengejar tanpa putus asa.
moga ada cintaMu untukku Ya Allah.



-Nottingham, Jan 2011-

12 Aug 2011

Rimbun Keampunan...


Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan 
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian 
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan 
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan 

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan 
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar 
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan 
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda 

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan 
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama 
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran 
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan 

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan 
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati 
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya 
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan

27 Jul 2011

kEmBali...



Harapan dari setiap insan
Kesenangan serta ketenangan
Menjalani hidup ini
Tanpa ada cubaan

Sayang harapan itu tak pasti
Kerna cubaan akan terjadi
‘Tuk menguji sabar diri 
Dan ketaqwaan

Akan kah kita tetap tegar menjalaninya dgn keikhlasan
Ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya 
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan
Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongan

26 Jul 2011

!~ WOW ~!


Alhamdulilllah, WOW 2011 sudah pun melabuhkan tirainya. Jazakallhu khairan kathiran kepada semua peserta dan committee, setiap antara yang hadir semuanya berperanan besar meng'WOW'kan WOW 2011 kali ini...=D

Bertempat di Kompleks Rakan Muda Klang, accommodation dan facilities yang disediakan memang memuaskan. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berkenalan dengan ramai sahabat-sahabat. Diberi kesempatan untuk koreksi diri melalui ceramah-ceramah dan juga diberi kesempatan untuk belajar dari pengalaman melalui sesi LDK. Mungkin juga added value kepada committe, diberi kesempatan untuk pantas bertindak dan membuat keputusan. Susah senang yang sama-sama dirasa, moga menjadi antara kenangan indah dalam sebuah perjalan hidup.

Semoga ada hikmah dan berkat, pada masa yang diluangkan untuk menghadiri program ilmu yang sebegini. Rindu melihat para pemuda dan pemudi yang bersemangat dan berkobar untuk terus mencapai kecemerlangan tanpa melupakan hakikat hidup bertuhan.

Jom kita layan, Trek Siswa yang diberi exclusivity untuk membuat liputan sepanjang WOW 2011..


26 Jun 2011

!!..wWo0O0oWw..!!

Di suatu ketika dulu 
aku pernah berada di sini...
WOW 2009


Dan aku berada bersama mereka lagi di 
WOW 2010


Kini, mereka tampil lagi dengan
WOW 2011


Kepada semua yang bakal menjejak bumi UK, Eire etc etc
Selamat melangkah kaki
Terbang lah tinggi
tetapi jangan pernah lupa memandang ke bawah...

WOW in memories...

20 Jun 2011

Tawakkal

Sebulan study leave, terasa masa berlalu begitu pantas. Masih banyak yang belum dibaca semula dan masih banyak yang belum difahami lagi. Mengapa boleh jadi begini? Terasa begitu pendeknya waktu yang tinggal sedangkan telah 3 bulan sem 2 berlalu. Kemanakah hari-hari yang telah lalu hingga diri rasa begitu sesak dan lemas dalam tuntutan ulang kaji yang terasa berat dan menyiksakan.

Tidak berkatkah masa yang telah berlalu? Bukan bersangka buruk dengan Allah, sekadar bermuhasabah diri, adakah masa-masa yang telah lalu aku isi dengan perjuangan di atas jalanNya. Atau masa itu berlalu seperti masa-masa yang terdahulu. Ketika aku begitu cetek akan tujuan dan hakikat kehidupan.



Keluar dari dewan peperiksaan, bercampur baur perasaan. Antara sedih kerana tak dapat jawab soalan, juga tenang kerana itu yang terbaik telah aku lakukan. “Baca banyak mana pun, hafal sungguh mana pun, kalau Allah tak bagi ingat memang x ingat” luah seorang sahabat. Tersentap telinga yang mendengar. Peringatan itu sangat bermakna buat diri ini. Mengingatkan aku erti kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Pertolongan Allah itu ada dimana-mana, andai saja kita memohonnya…


Usai peperiksaan, focus di arah pada amanah-amanah yang tertangguh kerana memberi laluan kepada ulang kaji. Kata orang, berjuang itu jalannya pahit.  Alhamdulillah, kali ini Allah beriku peluang merasa pahitnya perjuangan. Aku merasa hangatnya titis air mata yang jatuh kerana pedihnya luka sepanjang laluan yang berduri.

Segera ku berpesan pada diri, dalam kita semangat dan berkobar-kobar menyampaikan Islam, jangan kita lupa kepada yang empunya hati. Berdoalah kepada pemiliknya, moga diberi peluang kepada kita dan orang-orang disekeliling untuk merasa nikmat Iman dan Islam. Kerana segigih mana dan sekuat mana pun usaha, tiadalah erti tanpa pertolongan Allah.

Kata orang, kadang-kadang Allah datangkan hujan ditengah-tengah panasnya mentari, rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi untuk kita nikmati dipenghujungnya. Terasa manisnya ujian yang Allah beri, bila insan-insan disekeliling menjadi penguat dari belakang. Manisnya hidup berjemaah, terasa hilang arah bila bersendiri. Terasa amannya hati, bila memahami erti perjuangan tidak semestinya diakhiri dengan kemenangan dan kesenangan. Yang penting, sejauh mana usaha telah didahulukan dan seteguh mana tawakkal diiringkan.

4 Jun 2011

Summer oh Summer...♥

15 hari lagi, langkah kaki bakal diatur di bumi Malaysia yang telah 9 bulan kutinggalkan. Kepulangan kali kedua seusai exam final year dari bumi Nottingham, debaran dan 'excited'nya masih sama. Bezanya, kepulangan kali ini terasa lebih terarah. Moga cuti summer ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Amin...


 


Teringat 2/3 minggu sebelum pulang summer first year. Plan yang memang dah lama dirancang untuk turun 'berjihad' di medan carboot (yang hanya dibuka pada hari Ahad sahaja) melonjak-lonjak. Disana, deretan kereta dan aneka macam barang terpamer menunggu 'tuan' baru. Budaya di UK, mereka gemar menjual barang-barang yang masih elok tetapi tidak lagi diperlukan daripada membuang ke tong sampah begitu sahaja. Boleh dapat barang semurah 10 pence (kalau di malaysia macam 10 sen lah, tetapi kalau di convert secara tepatnya lebih kurang RM 0.50), terpulang kepada kepakaran dan mata yang tajam untuk spot barang-barang yang menarik. Housemateku, Amerlia memang pakar dalam bab-bab nie..=)


Tetiba dapat text dari seorang kakak... lebih kurang begini tulisannya
       "awak, ahad nie nak ajak g program. Jom".
Bersungguh kakak tersebut mengajak. Hati tak mampu nak tolak perlawaan tapi jiwa berkeras nak ke carboot jugak. Argghh..!! Geramnya, Malasnya..!! Perancangan Allah, langkah kaki akhirnya menuju ke program dan bukannya ke carboot yang telah lama ku tahan-tahan sejak exam dulu..=(


Sepanjang program saya menjadi orang yang 'ketat' mukanya, sangat 'rebel' hatinya dan macam-macam lagilah. Tetapi, Perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan. Moga Allah limpahkan berkat kepada kakak tersebut, walaupun saya lemas dengan pujukan beliau pada awalnya, tetapi manfaat dari program tersebut sangatlah tak terkata. Sedihnya, beliau sudah pun pulang ke Malaysia. Moga Allah cekalkan hatinya di atas jalan dakwah. Amin...


Sejak hari itu saya mula berfikir tentang matlamat hidup. Mula berfikir tentang corak yang bagaimana mahu dilakar untuk masa hadapan. Cukupkah sekadar menjadi seorang yang hanya berkerja mencari duit disiang harinya dan balik rumah berehat di malam harinya untuk mengumpul tenaga agar dapat menyambung kerja di esok harinya pula?


Moga Allah lembutkan hati-hati kita semua untuk terus bermujahadah mencari titis ilmu milikNya. "Bantulah aku ya Allah, yang begitu lalai mengingatimu"


20 May 2011

Dua insan

Lapangkanlah ya Allah akan hidunya...
Mudahkanlah ya Allah akan urusannya...
Limpahkanlah ya Allah akan kasih dan rahmatMu...
Hiasilah ya Allah senyuman pada wajahnya...
Pada insan yang satu ini..


Temukanlah kami ya Allah pada hari yang engkau janjikan...
Damaikanlah ya Allah pada jiwa yang engkau pinjamkan...
Kurniakanlah ya Allah maghfirah dan keselamatan...
Jadikanlah ya Allah, kediamannya salah satu dari taman syurgaMu..
Sampaikanlah ya Allah salam rindu padanya...