Pages

11 Oct 2010

Fantasi vs Realiti

Halaqah sister Fullah 081010.


     Jelas Islam mencela perbutan zina. Hatta larangan yang di abadikan dalam Al-Quran bermula dengan tegahan  untuk mengHAMPIRi zina. Sedang mata, telinga, tangan dan kaki kita terusan melakukan zina, kita masih lagi terbuai dgn definisi sempit zina iaitu perhubungan haram diluar perkahwinan.


     Menarik perbincangan minggu ini, tatkala Sister Fullah mula mengaitkan zina dengan isu perhubungan antara lelaki dan perempuan sebelum pernikahan i.e couple. Kalau dulu, telah dicop dikepala couple itu .HA.R.A.M. Menerima larangan bercouple dari sudut hukum. Namun, seusai pulang dari halaqah hari itu, cop dikepala mula diubah kepada penerimaan halangan bercouple dari sudut hukum beserta logik.


     Semasa dibangku sekolah menengah, teringat nasihat seorang senior, jangan bercouple kerna nanti akan dikafarahkan dalam hubungan perkhawinan yg sah kelak. Menarik kerana tanpa sedar, couple itu menyediakan platform untuk kite terbuai dalam alam fantasi. Melihat sempurnanya si dia dalam tutur kata dan budi bicara. Kita melihat si dia sebagai role model pasangan terbaik untuk mengisi kekosongan diri hingga ke hari tua.


     Andai perhubungan menjejak jinjang pelamin, kita mula melihat si dia yang sebenar. Marahnya belum tentu bertempat, katanya belum tentu berlapik. Andai dulu minyak wangi menjadi sahabat berjalan, kini minyak angin menjdi teman diperaduan. Andai dulu kemeja dan blouse jadi pilihan, kini kain batik dan baju pagoda menjadi rebutan. Dan kita mula merasakan kehilangan si dia yang dulu menjadi pujaan.


Andai pula, hujan ditengah jalan. Bertemu teman baru untuk meneruskan perjalanan. Kita mula membandingkan, kesempurnaan si dia yang hanya diluaran. Dan kita terbuai oleh mimpi yang berpanjangan. Mengharapakan kesempurnaan dari pasangan yang memberikan kita sebuah realiti. Bahawa hidup ini bukanlah hanya untuk menerima kesempurnaan. Tetapi saling melengkapi untuk menjadi sempurna.


     Bila hati dan pemikiran, terlalu dibelai dengan fantasi, bimbang diri menjadi rapuh bila realiti menziarah dan tidak mahu pulang. Antara fantasi dan realiti... tepuk dada tanyalah iman di hati..


      Moga diri ini juga, akan terus tabah mendidik diri mengejar realiti, dan membiarkan fantasi terbang di buai angin musim luruh. Andai ada kesempatan, bertemu kita di pentas realiti itu. Andai tidak, biarkan fantasi ini berlalu...