Pages

26 Jun 2011

!!..wWo0O0oWw..!!

Di suatu ketika dulu 
aku pernah berada di sini...
WOW 2009


Dan aku berada bersama mereka lagi di 
WOW 2010


Kini, mereka tampil lagi dengan
WOW 2011


Kepada semua yang bakal menjejak bumi UK, Eire etc etc
Selamat melangkah kaki
Terbang lah tinggi
tetapi jangan pernah lupa memandang ke bawah...

WOW in memories...

20 Jun 2011

Tawakkal

Sebulan study leave, terasa masa berlalu begitu pantas. Masih banyak yang belum dibaca semula dan masih banyak yang belum difahami lagi. Mengapa boleh jadi begini? Terasa begitu pendeknya waktu yang tinggal sedangkan telah 3 bulan sem 2 berlalu. Kemanakah hari-hari yang telah lalu hingga diri rasa begitu sesak dan lemas dalam tuntutan ulang kaji yang terasa berat dan menyiksakan.

Tidak berkatkah masa yang telah berlalu? Bukan bersangka buruk dengan Allah, sekadar bermuhasabah diri, adakah masa-masa yang telah lalu aku isi dengan perjuangan di atas jalanNya. Atau masa itu berlalu seperti masa-masa yang terdahulu. Ketika aku begitu cetek akan tujuan dan hakikat kehidupan.



Keluar dari dewan peperiksaan, bercampur baur perasaan. Antara sedih kerana tak dapat jawab soalan, juga tenang kerana itu yang terbaik telah aku lakukan. “Baca banyak mana pun, hafal sungguh mana pun, kalau Allah tak bagi ingat memang x ingat” luah seorang sahabat. Tersentap telinga yang mendengar. Peringatan itu sangat bermakna buat diri ini. Mengingatkan aku erti kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Pertolongan Allah itu ada dimana-mana, andai saja kita memohonnya…


Usai peperiksaan, focus di arah pada amanah-amanah yang tertangguh kerana memberi laluan kepada ulang kaji. Kata orang, berjuang itu jalannya pahit.  Alhamdulillah, kali ini Allah beriku peluang merasa pahitnya perjuangan. Aku merasa hangatnya titis air mata yang jatuh kerana pedihnya luka sepanjang laluan yang berduri.

Segera ku berpesan pada diri, dalam kita semangat dan berkobar-kobar menyampaikan Islam, jangan kita lupa kepada yang empunya hati. Berdoalah kepada pemiliknya, moga diberi peluang kepada kita dan orang-orang disekeliling untuk merasa nikmat Iman dan Islam. Kerana segigih mana dan sekuat mana pun usaha, tiadalah erti tanpa pertolongan Allah.

Kata orang, kadang-kadang Allah datangkan hujan ditengah-tengah panasnya mentari, rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi untuk kita nikmati dipenghujungnya. Terasa manisnya ujian yang Allah beri, bila insan-insan disekeliling menjadi penguat dari belakang. Manisnya hidup berjemaah, terasa hilang arah bila bersendiri. Terasa amannya hati, bila memahami erti perjuangan tidak semestinya diakhiri dengan kemenangan dan kesenangan. Yang penting, sejauh mana usaha telah didahulukan dan seteguh mana tawakkal diiringkan.

4 Jun 2011

Summer oh Summer...♥

15 hari lagi, langkah kaki bakal diatur di bumi Malaysia yang telah 9 bulan kutinggalkan. Kepulangan kali kedua seusai exam final year dari bumi Nottingham, debaran dan 'excited'nya masih sama. Bezanya, kepulangan kali ini terasa lebih terarah. Moga cuti summer ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Amin...


 


Teringat 2/3 minggu sebelum pulang summer first year. Plan yang memang dah lama dirancang untuk turun 'berjihad' di medan carboot (yang hanya dibuka pada hari Ahad sahaja) melonjak-lonjak. Disana, deretan kereta dan aneka macam barang terpamer menunggu 'tuan' baru. Budaya di UK, mereka gemar menjual barang-barang yang masih elok tetapi tidak lagi diperlukan daripada membuang ke tong sampah begitu sahaja. Boleh dapat barang semurah 10 pence (kalau di malaysia macam 10 sen lah, tetapi kalau di convert secara tepatnya lebih kurang RM 0.50), terpulang kepada kepakaran dan mata yang tajam untuk spot barang-barang yang menarik. Housemateku, Amerlia memang pakar dalam bab-bab nie..=)


Tetiba dapat text dari seorang kakak... lebih kurang begini tulisannya
       "awak, ahad nie nak ajak g program. Jom".
Bersungguh kakak tersebut mengajak. Hati tak mampu nak tolak perlawaan tapi jiwa berkeras nak ke carboot jugak. Argghh..!! Geramnya, Malasnya..!! Perancangan Allah, langkah kaki akhirnya menuju ke program dan bukannya ke carboot yang telah lama ku tahan-tahan sejak exam dulu..=(


Sepanjang program saya menjadi orang yang 'ketat' mukanya, sangat 'rebel' hatinya dan macam-macam lagilah. Tetapi, Perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan. Moga Allah limpahkan berkat kepada kakak tersebut, walaupun saya lemas dengan pujukan beliau pada awalnya, tetapi manfaat dari program tersebut sangatlah tak terkata. Sedihnya, beliau sudah pun pulang ke Malaysia. Moga Allah cekalkan hatinya di atas jalan dakwah. Amin...


Sejak hari itu saya mula berfikir tentang matlamat hidup. Mula berfikir tentang corak yang bagaimana mahu dilakar untuk masa hadapan. Cukupkah sekadar menjadi seorang yang hanya berkerja mencari duit disiang harinya dan balik rumah berehat di malam harinya untuk mengumpul tenaga agar dapat menyambung kerja di esok harinya pula?


Moga Allah lembutkan hati-hati kita semua untuk terus bermujahadah mencari titis ilmu milikNya. "Bantulah aku ya Allah, yang begitu lalai mengingatimu"