Pages

25 Aug 2013

Semalam

Proton Wira biru itu..

Umurnya dah nak masuk 18 tahun. Langgar pagar pernah, Langgar tembok pernah, Langgar kereta buruk pun pernah. Keluar masuk bengkel dah beberapa kali. Mak kata "tua-tua kereta ni pun, dengan kereta ni lah 3 orang belajar bawak kereta"

Pagi semalam kipas keep on berpusing walaupun dah matikan enjin. Minta tolong pak cik Anuar, jiran sebelah tengokkan, dia suruh segera hantar ke bengkel, takut nnt bateri habis. Disebabkan JKKK ada jamuan raya dan mak nak ke dewan utk tolong apa yg patut pagi ni, maka dgn yakinnya biarkanlah dulu. petang nnt lah baru hantar.

Stress..

"Kak, kereta berbunyi tu kenapa?" tegur Pak Cik Jo kepada Mak.
"Kipas berpusing tak nak stop"
"Kena hantar cepat, makan betri tu"

Aduh.. Tetamu baru nak datang, makan pun x sempat lagi. Dengan berat hati, pergilah juga hantar ke bengkel. Tak dapat selesai, abg kedai suggest bengkel lain kat Pekan Rawang. Cuak sbb x biasa pergi tempat tu. Call mak and adik berkali2 tak angkat. Dah dpt call x sempat cakap credit habis pulak, tggu2 call back x de juga... Tengah hari, sorng2 tak tahu nak buat ape. Geram!! Top up sekejap. Berjaya call balik adik, dengan pantasnya terkeluar kata2 yg x sepatutnya. Astaghfirullahal 'azim, bahana berkata-kata bila hati tengah panas.

Pak cik pak cik itu..

Pendek cerita, tersebarlah cerita "kipas berpusing" ke telinga beberapa pak cik2 (merangkap bekas kawan arwah abah) yg sama hadir ke jamuan raya. Pak cik Rozman pun suggest bengkel yg sama so kereta pun selamat ke bengkel yg sepatutnya.

"Kereta saya kipas berpusinglah wpun dah mati enjin. Kenapa ye?"
Tanpa sepatah kata, uncle kedai tengok-tengok2, keluarkan alat dan buat kerja. Eh.. X bagitahu pun apa masalah, harga ke apa ke. Normal eh mcm tue? Tawakkal je lah, harap2 x mahal sgt and tak kena tipu. Kurang lebih 10 minit menunggu kereta, ternampak kelibat pak cik Anuar lalu, parking dan terus ke keretaku sambil borak2 dengan uncle kedai.

"Eh, kereta rosak juga ke pak cik?" Saja bertanya.
"Tak lah, datang tengok ko lah ni"
Terkedu. Biar betul ni. Sungguh pun x berapa nak jauh dari rumah, tp jauh jugaklah... Allahu. Memang pun dia datang utk tengok kereta dan tunggu sampai selesai. "Berapa uncle?" "30 ringgit" Eh, baiki punya lama, 30 ringgit je? Was-was, sama ada betul 30 je atau dah dibayar sebahagiannya wallahu 'alam.

Balik terus ke dewan JKKK, tetamu dah balik, pak cik mak cik tengah berkemas. Pak cik Azman dgn semangatnya "Haa, kereta tadi ok dah? Pak cik nak ikut pergi sekali td tapi x sedap plak berdua" haha gelak je lah.. "Next time bgtahu kitorg kalau de masalah ke ape. kalau tak bgtahu kitorg tak taw." Pak cik kat sebelah tersenyum...

Pak cik pak cik itu semuanya, suatu ketika dulu sama-sama berhabis masa di markaz dengan arwah abah, sama-sama buat "progran" bersama arwah abah, sama-sama berbulatan gembira barangkali bersama arwah abah. Sama-sama. Berjemaah. Kalau pun mungkin berjemaah itu terlalu "shadid" bunyinya, kepedulian mereka itu, sungguh harus jadi contoh buat yg mengaku diri sebahagian dari jemaah Islam.

Selalu kita tak tahu, apa perkara baik yang kita buat masa hidup, berbalas kebaikan kepada mereka yang kita tinggalkan bila kita pergi. Lalu Nadiah, buatlah baik selagi mampu, kerana Dia. Sungguhpun susah, itu tanda ada mujahadah, biar sekelumit cuma, kerana syurga itu anugerah Dia bukan kerana amal kau yang tak seberapa. 




... and yes, saya mmg takut bawak kereta, tp bawak jugalah bila x de org lain yg available, tapi tak perlulah abg kate begini "Dik, baru lesen L ke? parking pun lambat" Ciss!! Walaupun saje bergurau tapi tercalar woo hati...