Pages

11 Dec 2012

Home


"Ya Allah, kurniakanlah kami kediaman yang kami tenang dan bahagia di dalamnya. Biar kecil dimata manusia asal lapang jiwa hamba yang mendiaminya, biar tidak mewah serba serdahana asal melimpah barakah yg dtg bersamanya. Penuh sakinah, mawaddah dan rahmah. Penuh cinta dan CINTA, penuh rindu dan RINDU, penuh kasih dan sayang. Rumah yang dirindui bila ditinggalkan, tetapi tidak pula menjadikan kami culas dan malas melangkah keluar, untuk mencari dan menyebarkan CINTA. 
Sebuah kediaman tempat berteduh, sebelum pulang bertemuMu. "

Debu


Debu padang pasir,
Memanggil-manggil,
Mengajak menari bersama angin,
Terasa hangat menampar pipi,
Meski angin Selat Inggeris,
Menggigit hingga ketulang.

Pada angin ku khabarkan,
Sampaikan salam dan ingatan,
Andai belum masanya,
Aku mohon ya Allah lewatkanlah,
Sehingga waktu itu,
Aku mohon ya Allah mudahkanlah,

Kalah pada sekeping rasa,
Tersepit antara mahu dan perlu,
Entah sudi diterima entah tidak,
maaf...

My Wish

I hope the days come easy and the moments pass slow
And each road leads you where you want to go
And if you're faced with the choice and you have to choose
I hope you choose the one that means the most to you

And if one door opens to another door closed
I hope you keep on walkin' ‘til you find the window
If it's cold outside, show the world the warmth of your smile
But more than anything, more than anything

My wish for you
Is that this life becomes all that you want it to
Your dreams stay big, your worries stay small
You never need to carry more than you can hold

And while you're out there 
gettin' where you're gettin' to
I hope you know somebody loves you
And wants the same things too
Yeah, this is my wish

I hope you never look back but you never forget
All the ones who love you and the place you left
I hope you always forgive and you never regret
And you help somebody every chance you get

Oh, you'd find God's grace in every mistake
And always give more than you take
But more than anything, 
yeah more than anything

This is my wish(My wish for you)
I hope you know somebody loves you(My wish for you)
May all your dreams stay big


26 Oct 2012

Notts - Msia

(Pict by Iman)

Eid Mubarak everyone...!!! 
This gonna be my last Eid in Nottingham as an UG insyaallah (mana taw de rezeki dpt dtg lg, amin...=D). Budak Msia memang suka buat havoc. Bergambar ramai2 tgh2 dewan siap buat ucapan raya yang menggegarkan dewan... sampai ada makcik pakistan tunjuk2 kat kitorg "See there, Malaysian!! Malaysian!!"
Comel je mak cik ni...^_^

Pulang ke rumah ditemani rona kuning warna daun musim luruh yang indah dan mengasyikkan. I'll miss this beautiful moments in Malaysia *sedih* Autumn is the best season, at least for me and it will always be in my heart insyaallah...

(gambar farha belum transfer-.-")
Spending Eid with beautiful and lovely friends, is such a precious gift from Allah. Thank you Allah for the loves..
-nadiah-farah-farha-suriani-mira-ayuni-eleen-amerlia-kinah-yasmin-sheila-and last but least
wani-the-marvelous-chef-of-today-!!


A friend of mine once said
"Malaysia and bumi Inggeris is not that far..."
Well, depends on what makes them bonded together, 
distance could just be a matter of the mind, not the heart.
if only life could be as simple as an ABC...

...Allah knows best...

25 Oct 2012

2:216

I learn to love but sometimes it hurts, 
then I learn to hate but most of the time, it hurts even more, 

 Love moderately and hate moderately... 

 "..perhaps you hate a thing and it is good for you; 
and perhaps you love a thing and it is bad for you. 
And Allah Knows, while you know not." 
[2:216]

11 Oct 2012

...


When lillahi ta'ala is the only reason (left!) to be good to someone, 
then be go00od... 
"Moga ia membersihkan hati dan mententeramkan jiwa. Amin..."

=)

23 Sept 2012

Kerana cinta...

心水♥、静静的、瓶子、绿色

Kerana cinta bermula di syurga,
Maka cinta adalah kebaikan,
Warisan orang beriman,
Kerana iman dan kebaikan,
Ibarat pungguk rindukan bulan,
Tiadalah dapat dipisahkan.

Kerana cinta bermula disyurga,
lalu terdampar didunia,
Wajah cinta kian ternoda,
Oleh nafsu yang buta,
Keliru menilai erti cinta,
Hilang senyuman bertandanglah derita.

Kerana cinta bermula di syurga,
Cinta adalah hadiahNya buat sang hamba,
Seharusnya cinta itu indah dan bahagia,
Maka berhati-hatilah menjaga cinta,
Berhati-hatilah memberi cinta..

- inspirasi dari talk ustaz Pahrol Mohd Juoi, 
Cinta Kerana Allah, 20111129 -

# Love is verb #

13 Sept 2012

Pergilah

Kelak kaki akan mula menyusun langkah lagi, menyapa langit biru sebelum kembali mencium bau tanah, membina semula harapan dan perasaan, bermujahadah memahami teguran dan sapaan Tuhan, berkelana mencari cinta, moga bertemu akhirnya...

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

12 Sept 2012

Cukup bagiku

قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي
Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku

مِنْ سُؤَالِي وَاخْتِيَارِي
Daripada permintaan dan usahaku

فَدُعَـائِي وابْتِهـَالِي
Doa serta permohonanku

شَـاهِدٌ لِي بِافْتِقَارِي
Sebagai bukti pada kefakiranku

فَلِهَذَا السِّرِّ أَدْعُـو
Oleh kerana rahsia itu aku berdoa

فِي يَسَارِيْ وَعَسَارِي
Pada saat aku senang dan susah

أَنَا عَبْدٌ صَارَ فَخْرِي
Aku adalah hamba, menjadi kebanggaanku

ضِمْنَ فَقْرِي وَاضْطِرَارِي
Dalam kefakiran dan keperluanku

يَا إِلَـهِي وَمَلِيْـكِي
Wahai tuhanku yang memiliki aku

أنْتَ تَعْلَمُ كَيْفَ حَالِي
Kau Maha tahu akan keadaanku

وَبِمَا قَدْ حَـلَّ قَلْبِـي
Dan apa yang berada dalam hatiku

مِنْ هُمُوْمٍ وَاشْتِغَالِـي
Dari kesedihan dan kesibukanku

فَتَـدَارَكْنِي بِلُطْفٍ
Maka tolonglah aku dengan kelembutan

مِنْكَ يَا مَوْلَى الْمَوَالِي
Dari-Mu Wahai Tuhan seluruh hamba

يَا كَرِيْمَ الْوًَجْهِ غِثْنِي
Wahai yang Maha Pemurah tolonglah hamba

قَبْلَ أنْ يَفْنَى اصْطِبَارِي
Sebelum lenyap kesabaran hamba

يَا سَرِيْعَ الْغَوْثِ غَوْثًا
Wahai pemberi pertolongan dengan segera

مِنْكَ يُدْرِكْنَا سَرِيْعًا
Berilah kami dengan segera pertolongan-Mu

يَهْزِمُ الْعُسْرَ وَيَأْتِي
Yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan

بِالَّذِي نَرْجُو جَمِيْـعًا
Dengan apa-apa yang kami harapkan semua

يا قَرِيْـبًا يا مُجِيْـبًا
Wahai yang Maha dekat, dan menjawab

يا عَلِيْمًا يا سَمِيْـعًا
Wahai yang Maha mengetahui dan mendengar

قَدْ تَحَقَّقْتُ بِعَجْزِي
Aku mengaku akan kelemahanku

وخُضُوْعِي وانْكِسَارِي
Dan ketaatan serta kesedihanku

لَمْ أَزَلْ بِالْبَابِ وَاقِفْ
Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmat-Mu

فَارْحَمَنْ ربِّي وُقُوْفِي
Wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku

وبِوَادِي الْفَضْلِ عَاكِفْ
Pada lembah kurnia-Mu aku berada

فَأَدِمْ ربِّي عُكُـوْفِي
Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku disana

ولِحُسْنِ الظَّنِّ لاَزِم
Aku sentiasa mempunyai prasangka baik

فَهُوَ خِلِّي وحَلِيْفِي
Ia (prasangka baik) adalah teman dan kawanku

وأَنِيْسِي وجَلِيْسِي
Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku

طُوْلَ لَيْلِي ونَهَارِي
Sepanjang malam dan siangku

حَاجَةً فِي النَّفْسِ يَا ربّ
Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat

فَاقْضِهَا يا خَيْرَ قَاضِي
Tunaikanlah Wahai yang Maha Menunaikan

وأَرِحْ سِرِّي وقَلْبِي
Tenteramkanlah rahsia dan hatiku

مِنْ لَظاَهَا والشُّوَاظِ
Dari kebimbangan dan pergolakannya

فَالْهَنَا والْبَسْطُ حَالِي
Sungguh aku akan berada dalam ketenteraman dan ketenangan

وشِعَارِي ودِثَارِي
Dan juga (ketenteraman dan ketenangan) menjadi pakaianku


**********************************

Ada masa barangkali, kita terlupa mengadu

1 Sept 2012

Anak kecil yang besar

Eidul fitri dikampung, dirai bersama saudara jauh dan dekat, akan sentiasa menjadi kerinduan. Yang pasti keletah anak-anak kecil yang kejap bergaduh kemudiannya damai semula adalah nadi keriangan suasana desa yang menghiburkan. 

Dalam kemeriahan yang mengasyikkan, aku jadi takut pada masa depan. Memandang wajah-wajah suci anak-anak kecil ini, terlintas dibenak tentang tanggungjawab dan amanah yang besar. Sungguh mereka anak-anak kecil, nakal itu adalah lumrah. Namun disebalik kenakalan mereka itu… 
Barangkali ada kesilapan yang terlepas pandang oleh kita, yang lebih dulu makan garam.
Barangkali ada terkurang nasihat dan teguran buat mereka dari kita yang berlagak dewasa.
Barangkali tegar dan kebalnya mereka dengan teguran kita, adalah refleksi kita yang sama degil dan sambil lewa dengan nasihat dan teguran orang lain kepada kita, dikala diri sendiri terbawa oleh urusan yang tidak perlu dan tidak patut.
Barangkali kita begitu penat dan terlupa menadah tangan, menghulur sekeping doa buat mereka anak kecil yang besar, lewat dahi bertemu sejadah di hujung solat yang mungkin penuh tergesa dan mahu segera siap.
Begitu banyak barangkali yang mungkin dan mungkin, tidak terfikir oleh akal yang cetek ini. Seharusnya, kenakalan mereka jadi peluang buat menitipkan sepotong dua nasihat. Memandang mereka anak-anak kecil, aku jadi malu pada diri. Anak kecil yang besar amanah yang datang bersamanya. Terasa kerdilnya diri oleh tanggungjawab yang menanti dihadapan. 

Ya Allah moga Engkau akan terus menyemai rasa cinta dihati ini kepadaMu. Moga cinta ini bercambah dan mekar bersama insan-insan istimewa yang engkau hadirkan buat diri. Terima kasih ya Allah. Anak kecil yang besar, besar amanah yang hadir bersamanya…

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa."

20 Jul 2012

Transformasi...

Bicara Selebriti sempena Hari Hiburan Islam anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. Ahli panel Ust Hasrizal, Mas Azam (KCB), Yatt dan Anna Raffali.

# Moga Ramadhan kali ini, ruang transformasi buat diri.

Kelantan,
Namanya asing ditelingaku,
pernah dengar tapi tak akrab,
Mas Azzam

11 Jul 2012

Tetamu

Dia pemuda bermata bening yang ditangkap pari-pari pada waktu kecil
dipulangkan semula ke alam manusia,
tetapi hati dan akalnya
masih separuh di sana.

Justeru dunia manusia ditanggapi seorang Waizuri
dengan penelitian seorang penziarah,
kritikal dan terpisah
pintarnya mentafsir
bahasanya tidak terzahir
dia memahami dunia tetapi tidak merasai diri sebahagian daripadanya
dia mengerti dunia tetapi tidak mempunyai kemahuan untuk menguasainya.

Semua di sekelilingnya, mengunci jasadnya
sedangkan apa yang dia mahu adalah mengikut hatinya.

Untuk Waizuri tidak ada istilah cinta
kerana perasaan serupa itu terlalu sempurna
kesempurnaan tidak ada di dunia.

________________________

Hakikatnya aku hanya seorang penziarah, 
Tetamu senja dibumi Allah, 
yang pulangnya tidak diketahui bila dan bagaimana,
Penziarah yang tidak punya apa-apa,
Moga sudi Kau memandangku nanti ya Allah,
Tika begitu ramai lagi tetamu yang pulang,
dengan bekal yang cantik dan indah-indah...

28 Jun 2012

Dulu


“Rumah ini, terlalu banyak kenangan” pernah mak ungkapkan suatu ketika dulu, masing-masing sepi dihujung talian.

Di dinding bilik itu, ada tampalan-tampalan keratan akhbar dan poster. Tidak banyak, cuma beberapa keping. Setelah hampir 3 tahun, tidak bertambah tidak juga berkurang. Tidak berusik. Masih disitu. Sama seperti dulu.

Sekeping sampul surat lama, kubuka. Sarat dipenuhi khazanah lama juga kepingan-kepingan kad miliknya. Segera dimasukkan kembali. Tak mampu ditenung lama-lama. 

Dulu, bersungguh2 mak tanam pokok kamboja renek. Kata mak dulu arwah abah teringin nak tanam pokok ni. Kini, hampir setahun berlalu, bunga-bunga kuning mulai menghiasi pokok yang masih renek itu. Cantik..=)


Sambil-sambil menyapu lantai, ada kesan cellophane tape, dulu pernah abah lekatkan pada lantai, buat tanda ketika bermain dart bersama-sama. Ia masih tersisa disitu. Sengaja dibiarkan.

Usai solat Asar petang tadi, ketika hujan renyai-renyai menyimbah bumi, sejurus salam kedua diselesaikan, entah mengapa wajahnya tiba-tiba menghiasi pandangan. Sudah lama rasa itu tidak hadir. Sesekali hati tertewas, kalaulah dan kalaulah satu demi satu menerjah fikiran. Segera hati di pujuk. Ada hikmah pada setiap yang berlaku. Berilah hati itu, sedikit waktu lagi…

“O Allah! Grant me Your love, and the love of a person whom my loving him will be of benefit to me near You. O Allah! Whatever You have granted me from what I love, make it a means of strength for me to use in the way You love. O Allah! Whatever love (of things) You have removed from me then grant in its place the love (of things) that You love.” (Tirmidhi)

Biarpun merangkak menerima takdir.
Ia banyak mengajar diri.
Utk belajar menghargai.
Hikmah itu misteri.
Alhamdulillah.


- When Things are lost -

24 Jun 2012

Syukur

Ia pernah menjadi angan-angan berputik dan subur menjadi harapan dan kini hanya tinggal kenangan Ia pernah menjadi sesuatu yang biasa hari-hari berlalu seadanya kini ianya menjadi sebuah kerinduan Belajar bersyukur dengan sebuah pemberian, Kerana syukur itu terlalu sukar untuk sempurna, Alhamdulillah.

13 Jun 2012

A gift

Beberapa hari yang resah,
Tidak pasti apa yang tidak kena,
Seorang kawan pernah mengadu,
Saya sensitif dengan duit,
mungkin sebab tu Allah selalu uji saya dengan duit
Keluhan seorang adik pasca account paypal nya dirompak,
Kesian kat dia..

Barangkali, 
Resah hati ini juga ujian dariNya,
Satu demi satu datang,
Menguji amarah yang mudah terbakar,
Few days in my very own room,
meng'isolate' diri dari manusia,
Memberi laluan untuk bersendiri...

Unexpected gift from a friend,
Dikala hati diusik rasa yang bermacam-macam,
Indescribable,
Alhamdulillah ya Allah,
Begitulah pesan Rasulullah,
Salinglah memberi hadiah,
Nescaya akan timbul rasa sayang...


Time to go out and smile...=D

"Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya." Hadis riwayat Ibnu Jarir.


21 May 2012

:(

"Hati kita, biarlah Allah yang jaga"
Pesan seorang sahabat...

Gugur pd yang namanya sabar..

16 May 2012

Antara takut dan harap

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
[30:21]


Antara takut dan harap...

11 May 2012

Let go


I thought I'll be ok,
Somewhere,
Deep down inside my heart,
It hurts...

kukuburkan ia, 
Tidak bertanda,
Tanpa bernesan..

30 Apr 2012

Ayuh bersenam!!

AKAL YANG SEJAHTERA BERADA PADA FIZIKAL YANG SEJAHTERA

Kearah
Physical, Spiritual, Emotional dan Intellectual
yang sihat sejahtera...!!
Chaiyyok... amin....^_^


~ Co_0L ~ 
nak treadmill kat rumah jugak !!
(walaupun ustaz mcm main basikal je...^_~ huhu...)

29 Apr 2012

BERSIH 3.0



I'm coming home.. Insyaallah...
In hope to see a better Malaysia, a better ummah... amin...=)



Petikan tulisan seorang kenalan yang sentiasa gigih di medan perjuangan :
"Golongan 'amal' lebih tahu selok belok bekerja daripada golongan 'pengkritik', begitulah dapat saya simpulkan." (well written!!)


...dan perjuangan ini terasa sukar bila bersendirian. Ya Allah, moga diri ini akan terus dikelilingi oleh mereka2 yang gigih berjuang. Kerana aku hanya manusia biasa, yang mudah tewas bila bersendirian, yang mudah jatuh tanpa teman, yang mudah leka tanpa peringatan. Ya Allah, lorongkanku pada jalan yang didalamnya, dengan kudrat yang tidak seberapa dengan diri yang tidak punya apa-apa, dapat aku menyumbang sesuatu. amin...

26 Apr 2012

Trust


If Allah helps you, none can overcome you: If He forsakes you, who is there, after that, that can help you? in Allah, then, Let believers put their trust. [3:160]

Say: "Nothing will happen to us except what Allah has decreed for us: He is our protector": and on Allah let the Believers put their trust. [9:51]

And put thy trust on the Exalted in Might, the Merciful, [26:217]

Then, when thou hast Taken a decision put thy trust in Allah. For Allah loves those who put their trust (in Him). [3:159]

- There surely hikmah behind everything that happened. 
Lesson to be learnt.
Hidden to be discovered -

25 Apr 2012

Apa pula...


Apa pula orang kata nanti...

sampai terlupa

Apa pula yang Allah kata...

19 Apr 2012

Bicaranya yang mengguris hati. Gurauannya yang melukai.



kadang-kadang,
Allah berikan kita kekurangan,
untuk menguji kita dengan kekurangan yang kita ada itu.

kadang-kadang,
Allah duga kita dengan ketidaksempurnaan,
untuk menduga kita dengan ketidaksempurnaan yang kita miliki itu.

memang sengaja, Allah memilih kita.
kita yang tak punya itu dan ini,
dikelilingi dengan orang yang ada itu dan ini.

kadang-kadang,
tak cukup dengan ujian kekurangan,
Allah hantar pula insan-insan yang memperlekehkan kita.
insan-insan yang memperkatakan kekurangan kita,
mulut-mulut yang mengata tentang ketidaksempurnaan kita.

dan kadang-kadang,
yang melukai hati,
bukan kekurangan yang kita miliki, tapi, 
keceluparan mulut-mulut insani yang kata-katanya tajam,
menghiris hati.

namun kadang-kadang, 
kerana terbawa emosi, kita lupa,
mereka juga adalah ujian.

bila kita mengaku redha dan ikhlas,
dengan ujian dan kekurangan,
maka adakah mulut-mulut mereka,
yang membuat kita sakit hati,
menjadikan kita membenci dan berdendam?

astaghfirullahalazim.
moga Allah mengampuni,
kita yang mungkin terlanjur membenci..
[MDH]
_____________________________________
Bermujahadahlah untuk "Berlapang dada dalam perbezaan"...=|

17 Apr 2012

Seminar 1453

"Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam.
Rajanya adalah sebaik-baik raja,
manakala tenteranya adalah sebaik-baik tentera.." 
- Riwayat Imam Ahmad -


"Jika itulah sebaik-baik raja dan sebaik-baik
tentera, maka itulah sebaik-baik 
sistem pendidikan Islam yang ditawarkan 
kepada dunia."

16 Apr 2012

Colours of Islam

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. [As-saff : 4]


“Kalian hendaknya senantiasa bersama jamaah, karena serigala akan menerkam kambing yang tersesat lagi sendirian”. HR Abu Daud

- Spring '12, Eire -

14 Apr 2012

Memori Keukenhof

Musim bunga kali ini ini, sesuatu...
Tulip, akan selalu mengingatkan diri pada emak. "Mak teringin nak tengok bunga tulip hidup..." Teringin juga nak bawak mak ke sana. Kalau ada rezeki, amin...

Jaulah dalam kumpulan yang besar, penuh 3/4 bas, kombinasi UG dan PG, terasa sungguh meriah especially dengan keletah anak-anak kecil. Tergelak ketawa, berkejar-kejaran, jatuh, menangis, merajuk... Pergh, mencabar..! Mengabadikan sebahagian kecil jaulah ke Keukenhof. Moga menjadi ingat-ingatan di masa depan... 16 jam atas cruise, perjalanan pergi alhamdulillah best, lancar.. Tapi perjalanan balik, dibuai ombak besar dan angin kencang... Hampir separuh ahli rombongan, terdampar atas katil, muntah, pening... mabuk laut!! hehe..
And of His signs are the ships in the sea, like mountains. If He willed, He could still the wind, and they would remain motionless on its surface. Indeed in that are signs for everyone patient and grateful. Or He could destroy them for what they earned; but He pardons much. [42 : 32-34]


~ Pinky ~
~ Merah menyala ~
...Subhanallah...
Habis kene cabut dengan Adni... adoi..~



Tenang. Berbicara dengan alam...


Candid... hehe...^____^

Cantik !!
Sunrise on the way back.
Another new day begins...
Apa yang terakam dari lensa camera tidak akan pernah sama dengan apa yang terlihat oleh mata yang asli. Moga musafir dan kelana ini, diiringi dengannya keberkatan. Kelana pendek seorang hamba, musafir menuju Allah... Alhamdulillah.

  • A.Fakhizan, K.Yentti, Ammar, Aisyah dan Adni  

  • A.Azlan, K.Ji, Arif (tengok Arif mesti teringat Muaz!!), Raina dan Nasrah.  

  • A.Kamal, K.Has, Kak Long and the 2 heroes (lupe nama haish -.-"),  

  • A.Azam, K.Iman, Wafa' dan Marwan (cute sgt budak nie...^_^) 

  • A.Omar, K.Siti, Nizam dan Iman (ke Nazim dan Amin?? Confuse sudah...) 

  • The girls : Amerlia, Yasmin, Lili Tai (ceti yang efficient), Nadzirah, Sasya, Ayuni, and last but not least geng wedges "Sakinah, Suriani and Wani". 
                               - Keukenhof, 11-13 April 2012 -

9 Apr 2012

Hujan

Terasa ingin menulis. Selalu sahaja separuh jalan, terhenti dan akhirnya tersimpan kemas tak berkesudahan. Pena dan kalam seakan tidak lagi mesra. Rasa hati yang bermacam-macam sekadar berlegar di kotak fikiran, tidak terluah melalui kata dan tulisan. Mengapa agaknya?

Pandangan kulemparkan ke luar jendela. 


Mendung. Bahang mentari telah kembali keperaduan, setelah memunculkan diri seminggu dua. Tanah inggeris ini kini ditemani awan tebal yang sarat membawa muatan. Gugur satu persatu, halus menyembah bumi, gerimis.

Pohon yang rendang malu-malu mengeluarkan tunasnya. Barangkali keliru oleh cuaca yang tidak menentu. Namun rona hijau itu tetap memukau pandangan. Hijau, cantik sekali. Sesekali pandangan terhenti, menghayati indahnya bunga-bunga cherry blossom. Putih dan suci. Asyik memandang bunga, mata terpaku pula pada seekor burung. Bertenggek di atas bumbung, tidak duduk diam, terbang semula. Duhai burung apakah yang engkau cicipkan. Mungkin saja zikir pada tuhan?

Pada hijau daun yang merendang dan yang tumbuh dijalanan. Pada putihnya bunga yang mekar didahan-dahan. Juga pada sang burung yang entah kemana engkau terbang. Pada alam yang indah ini, hati jadi senyum pada indahnya ciptaan tuhan. Bersama titis hujan yang berderaian, aku jadi rindu pada kampung halaman. Pada senyuman bonda, adik-adik dan kenalan. Kapan bisa kita bertemu semula dan bertukar cerita kehidupan?

Terima berita sedih seorang sahabat, menyambut pemergian ayahandanya bertemu Ilahi. Dalam keramaian itu kami berdiri, 4 takbir tanpa ruku' dan sujud. Doa dipanjat buat yang telah pergi. Kenangan lama menerjah ingatan. Usai bertemu beberapa hari. Ada pesan dititipkan sebelum berpisah, pesan seorang bapa. Tenggelam dalam syahdu suaranya mengalunkan irama, lebih terkesan dengan kata dan maknanya. Sekali lagi kenangan lama itu diusik-usik. Gugur, berderai membasahi pipi... Suasana hening dan sepi. 

(Dr. RARA, Eire, Spring '12)

Rindu... adalah fitrah manusiawi yang punya hati dan perasaan. Rindu pada kenangan semalam yang sudah jauh ditinggalkan. Sesekali hati menangis tanpa air mata, yang telah kering oleh aliran masa. Yang tinggal hanyalah rasa pada hati, yang menyesakkan dada, nafas jadi payah, ditarik dalam-dalam... Sesekali tertewas..

Hujan diluar jendela masih belum reda. Seolah turut sama menangisi rasa hati... Insyaallah, akan muncul kembali mentari atau mungkin saja pelangi. Sabar dan teruslah menanti...

Ya Allah, ku memohon kekuatan dalam setiap langkah,
Ya Allah, ku memohon keberkatan dalam setiap tingkah..
Hujan itu rahmat, Ujian itu nikmat.

2 Apr 2012

Hope or Harm?


"We are not a nation yet, but we are a country yes"
" Sejarah seharusnya membuatkan kita berfikir bukan menghafal. Ceritakan sejarah seluruhnya, bukan pilih-pilih. Bukan hanya yang memberi manfaat pada satu pihak."
- Prof Emeritus Dr Ahmat Adam -

"Manusia, asas hubungan sesamanya adalah atas nama ukhwahtul insan i.e hubungan kemanusiaan. Jangan mudah berprasangka. Diciptakan manusia itu berbeza-beza, pelbagai kaum agar kamu saling mengenal."
- Ustaz Dr. Mohd Khairuddin At-Takiri -

"Man made laws. Banyak kelemahannya. Bila jenayah semakin canggih, undang-undang perlu berkembang."
"Malaysia negara Islam atau Sekular? I'll say Malaysia negara Hybrid..." 
- Ustaz Ahmad Jailani -

"The best investment is to invest on yourself.
Develop positive values. Help your own self !! "
- Imran Koyube -

Dari seorang sejarahwan. Lembut bicaranya memberi pesan, 
Pesan sorang bapa kepada anak bangsanya,
Pesan seorang muslim kepada saudaranya...


Harapan dalam sebuah doa. Harapan untuk membina sejarah besar, bermula dengan harapan ke atas diri sendiri. If you want to change a situation, you must first change yourself. If you want to change yourself, you must first change your paradigm. Memandang dunia dari kacamata akhirat. Bukan perkara mudah. Akan ada banyak cabaran dan dugaan. 'ala kulli hal, jangan menyerah!! Moga harapan terus subur dalam titipan doa seorang hamba kepada TuhanNya..

27 Mar 2012

KCB


Teman buat coursework.. Haha memang tak lah kan sebenarnya...=D
Bila agaknya, punya kesempatan menjejak bumi sana..
Harapan dalam sebuah doa... amin.

26 Mar 2012

Rehat atau direhatkan?

 

“Kalaulah Tsunami itu berpunca daripada murka Allah, kenapa Tsunami tidak melanda negara orang-orang jahat? Mengapa Acheh?” soal seorang lelaki.

“Kasihan anak kecil itu. Mati tersedak susu!” keluh seorang penonton berita.

“Lu punya perangai, pigi mampos lagi baik maa!” marah seorang warga kota.

Ada pelbagai ungkapan tentang kematian. Ada yang lega. Ada yang mempersoalkan. Ada yang kehairanan. Ada yang seperti tidak berbaloi. Ada yang semacam mempersoalkan nilai keadilan. Persoalan-persoalan yang sukar dijawab kerana si mati sudah tidak boleh bercerita tentang kehidupannya selepas mati.

Urusan alam ghaib.

Kecuali datang penjelasan seorang insan, yang juga manusia seperti kita, tetapi insan mulia itu dipilih Allah menjadi jambatan pada menyampaikan urusan ghaib daripada ‘Aalem al-Ghaib wa al-Syahadah kepada makhluq penghuni alam nyata. Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

[مَالِكٍ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ بْنِ رِبْعِيٍّ الْأَنْصَارِيِّ أَنَّهُ كَانَ يُحَدِّثُ

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - مُرَّ عَلَيْهِ بِجِنَازَةٍ ، فَقَالَ: مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ !

قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْمُسْتَرِيحُ وَالْمُسْتَرَاحُ مِنْهُ؟

قَالَ : الْعَبْدُ الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ ، وَالْعَبْدُ الْفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ الْعِبَادُ وَالْبِلَادُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ ].

رواه البخاري ومسلم

Sekujur jenazah dibawa melintasi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: KEREHATAN atau DIREHATKAN DARIPADANYA. Baginda ditanya, apakah maksud kerehatan dan direhatkan daripadanya itu? Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab: Seorang hamba yang beriman, (dengan kematian itu) dia direhatkan daripada kesusahan dunia dan dibawa kepada rahmat Allah. Ada pun hamba yang jahat, kematian itu telah menyebabkan hamba-hamba Allah, tanah air, pohon-pohon dan haiwan-haiwan direhatkan daripadanya! [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Dalam Tsunami, orang baik-baik yang mati, direhatkan daripada keletihan dan penderitaan dunia. Orang-orang jahat pula, kematiannya merehatkan alam semesta.

Anak-anak yang meninggal dunia kerana kemalangan yang disabitkan oleh ibu bapa cuai yang tiadacommon sense, diselamatkan daripada terus hidup bersama dua manusia dewasa yang cacat cara berfikir. Anak-anak yang berisiko ketika bersama ibubapanya sendiri, yang sepatutnya menjadi pelindung kepada diri.

Berapa ramai manusia yang kematiannya adalah sebuah kurniaan kepada diri?
Berapa ramai manusia yang kematiannya adalah sebuah kurniaan kepada semua yang ditinggalkannya?

Muhasabahlah sementara hidup, apakah matimu sebuah kerehatan, atau kejinya kamu hingga manusia hanya dapat berehat daripada kecelaan dirimu tatkala engkau mati? Mati bukan di tangan kita. Hidup, kita diberikan kebebasan membuat pilihan.

Pilihlah sesuatu yang berbaloi, untuk kehidupan yang satu ini.

sumber : saifulislam