Pages

18 Aug 2010

Memori dan kerinduan..

Agak-agak nak lelapkan mata,
moga ada lebihan tenaga untuk terawih dan tadarus dgn segarnya malam nanti,
tersentuh hati ini dengan kisah Saidatina Khadijah
yang disampaikan oleh ustazah Asni dalam slot Cerita Nabi.



Betapa Saidatina Khadijah itu, wanita yang hebat.
Seorang isteri yang sentiasa mekar dihati.
Menjadi teman yang sangat disayangi baginda Rasulullah
walaupun jasadnya tiada lagi dihadapan mata..

Dan yang tinggal hanyalah memori dan kerinduan.


Pada suatu hari, selepas pemergian Saidatina Khadijah,
Rasulullah dan Fatimah duduk untuk makan.
Kata Rasulullah, " Ya Fatimah, tambahlah satu lagi pinggan".
Balas Fatimah dengan hairan, " Ayahku, sesungguhnya hanya kita berdua sahaja yang ada. Untuk siapakah pula pinggan yang ketiga itu?"
Jawab Rasulullah, "Untuk Khadijah"


Teringat pula kata-kata eyta 2 hari lepas
Eyta : "Muaz..!! Janganlah duduk kat kerusi nie. Nie tempat abahlah.."
Muaz : Erk..??

Aku : Terdiam..(-.-)!
Mak : "Hmm... Janganlah cam tue. Kan dah xde orang duduk situ."
Eyta : "Alaa.. kan abah selalu duduk sini."
Ramadhan pertama tanpa abah disisi..

Dan yang tinggal hanyalah memori dan kerinduan...

5 Aug 2010

Aku menulis...

...Masih banyak yang belum abah cerita dan
masih banyak yang belum sempat saya tanya.
Kerana itulah saya gigihkan diri merakam episod
perjalanan hidup agar anak-anak tidak bersedih seperti saya.
Sedih kerana bayangan abah semakin kabur diingatan,
selepas satu demi satu nilai kehidupan,
diubah oleh perjalanan masa dan persekitaran...
(Murabbi Cinta, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)

Semakin lama wajahnya makin kabur
Bukan kerna lupanya aku pada dirinya
Memori dan kerinduan itu akan tetap subur
Sesuburnya kasih dan sayang yang diberi
Semakin lama perginya makin kurasa
Kerna fitrah manusia
Hanya pandai menghargai bila sudah tidak disisi

Khabar duka yang singgah dalam kehidupan
dari bonda yang  jauh di tanah air
Tiada ciuman dan salam yang dapat kuhulurkan
Apatah lagi untuk menyaksikan sebuah pemergian
Hari-hari yang ku lalui
Hanya berbekalkan suara bonda yang kesedihan
Setelah lama berkongsi kasih
Akhirnya harus berdiri sendiri

Mungkin kerana tidak bersama diperkuburan
Aku mengharapkan ini hanyalah gurauan
Bukan mudah untuk memujuk diri
Menerima sebuah kenyataan
Mungkin inilah yang sahabat rasakan
Marah yang membara bila diberitakan
Hingga sanggup menggadaikan iman
Membunuh sesiapa yang mengkhabarkan
Sebuah kehilangan
Bila Rasulullah tidak lagi berdampingan.

Aku menulis untuk semua
Agar ada coretan dikala kita tidak lagi bersama
Aku bermula dengan sebuah kisah duka
Moga kita sentiasa bermuhasabah
Bahawa hidup ini bukanlah segalanya
Sedangkan kita selalu lupa padaNya...

...Al-Fatihah...