Teringat 2/3 minggu sebelum pulang summer first year. Plan yang memang dah lama dirancang untuk turun 'berjihad' di medan carboot (yang hanya dibuka pada hari Ahad sahaja) melonjak-lonjak. Disana, deretan kereta dan aneka macam barang terpamer menunggu 'tuan' baru. Budaya di UK, mereka gemar menjual barang-barang yang masih elok tetapi tidak lagi diperlukan daripada membuang ke tong sampah begitu sahaja. Boleh dapat barang semurah 10 pence (kalau di malaysia macam 10 sen lah, tetapi kalau di convert secara tepatnya lebih kurang RM 0.50), terpulang kepada kepakaran dan mata yang tajam untuk spot barang-barang yang menarik. Housemateku, Amerlia memang pakar dalam bab-bab nie..=)
Tetiba dapat text dari seorang kakak... lebih kurang begini tulisannya
"awak, ahad nie nak ajak g program. Jom".
Bersungguh kakak tersebut mengajak. Hati tak mampu nak tolak perlawaan tapi jiwa berkeras nak ke carboot jugak. Argghh..!! Geramnya, Malasnya..!! Perancangan Allah, langkah kaki akhirnya menuju ke program dan bukannya ke carboot yang telah lama ku tahan-tahan sejak exam dulu..=(
Sepanjang program saya menjadi orang yang 'ketat' mukanya, sangat 'rebel' hatinya dan macam-macam lagilah. Tetapi, Perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan. Moga Allah limpahkan berkat kepada kakak tersebut, walaupun saya lemas dengan pujukan beliau pada awalnya, tetapi manfaat dari program tersebut sangatlah tak terkata. Sedihnya, beliau sudah pun pulang ke Malaysia. Moga Allah cekalkan hatinya di atas jalan dakwah. Amin...♥♥♥
Sejak hari itu saya mula berfikir tentang matlamat hidup. Mula berfikir tentang corak yang bagaimana mahu dilakar untuk masa hadapan. Cukupkah sekadar menjadi seorang yang hanya berkerja mencari duit disiang harinya dan balik rumah berehat di malam harinya untuk mengumpul tenaga agar dapat menyambung kerja di esok harinya pula?
Moga Allah lembutkan hati-hati kita semua untuk terus bermujahadah mencari titis ilmu milikNya. "Bantulah aku ya Allah, yang begitu lalai mengingatimu"