Harus ke kirikah, atau ke kanan?
Harus mara sahaja ke hadapan atau perlu berpatah kembali ke belakang?
Harus berdiri dan membatu sahajakah, diam tanpa pilihan?
Memilih untuk tidak memilih, juga adalah suatu pilihan..
Berkatilah setiap pilihan yang telah dan akan ku pilih ya Allah.
Jadikanlah aku hamba yang bersyukur atas nikmat yang engkau berikan.
dan sabarkanlah aku pada apa yang luput dari genggaman..
Bantulah aku untuk terus melangkah...