Pages

29 Jan 2012

Sahabat lama

Berbual dengan sahabat lama. Panjang perbualannya. Tentang masa lepas, tentang masa sekarang dan tentang masa depan. Semakin diri menginjak dewasa, semakin luas skop perbualan. Cerita lama itu mengukir senyuman. Lawak jugak cerita2 zaman sekolah... huhu... Rindu zaman sekolah. Tetapi harus berpijak dibumi nyata, masa itu telah berlalu pergi. Masa depan pula yang menanti.

Adat bersahabat kadang-kala terasa hati. Kata maaf diberi dan diterima. Kata maaf itu dihulur lagi, beberapa kali, buat mengubat hati yang pernah terluka. Maaf diterima dengan senyuman. Sejujurnya, dalam hati mungkin masih ada luka yang cuba disembunyikan. Moga ia akan sembuh dengan aliran masa yang datang dan pergi.

Buat kesekian kalinya, ada maaf yang akan dihulur lagi. Kerna aku bukan sesiapa. Banyak khilaf dan dosanya. Sudilah kiranya maaf ini diterima. Kerana untuk menyakiti hati seorang sahabat, adalah perkara terakhir yang ingin dilakukan...


"dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa,Mahabijaksana."(surah Al-anfal, 8:63)


~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi, 
 sekadar coretan kecil, moga ada erti ~

15 Jan 2012

..D.I.A..

Sudahlah
hentikan sandiwara ini
usah kau berpura-pura
untuk apa?
kau senyum pada dunia
dan kau tidakkan
tangisan dalam dada
meronta dahagakan Cinta Dia

jiwamu itu sudah letih
lama ia merintih
hatimu itu berdarah
oleh luka yang kian bernanah
kasihan

Kembalilah
insafi diri
kembali pada Dia
pada Dia yang menanti

Bersihkanlah
darah merah pada hati
lantaran dosa yang menodai
andai ia berdarah kembali
bersihkanlah lagi
lagi dan lagi
jangan pernah berhenti

Moga tangisan itu berhenti
moga hati itu kembali suci
dan parut itu jadi saksi
pencarian sebuah Cinta
Cinta Dia
yang sentiasa ada
tapi kau selalu lupa.

~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi, 
 sekadar coretan kecil, moga ada erti ~

14 Jan 2012

..M.A.A.F..


Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : " Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : 
" Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. '

~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi,
sekadar coretan kecil, moga ada erti ~

13 Jan 2012

..M.A.R.A.H..

‎"Akhlak orang yang beriman, berdebar dan sentiasa berhati-hati dengan doa yang Allah makbulkan, takut2 tenggelam dalam nikmat ujian kesenangan..."
Bila terjadi sesuatu itu yakinlah ada hikmah disebaliknya. 
Hikmah itu bukan sekadar nikmat yang nampak di mata, 
boleh jadi ia adalah terselamatnya kita dari malapetaka yang kita tak nampak..
Doa adalah hadiah terbaik dari kita untuk orang lain.

Time-time sesak macam nie jugak nak buat 'drama'.. Arghh..!! Memang menguji tahap kesabaran betullah hari nie. Hey kamu hambik sebijik...DUSH..!! huh...-.-"



Sabda Rasulullah :
"Bukanlah orang yang kuat itu mengalahkan orang lain dalam satu pertarungan tetapi yang kuat itu ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah".

~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi, 
 sekadar coretan kecil, moga ada erti ~

10 Jan 2012

..T.A.W.A.K.A.L..





Ya Allah..
dalam kembara ini 
KAU mengajarku erti tawakkal,
pada lambungan dan lenturan awan
ada takut dan harap
ada cemas dan tenang...





Ya Allah..
terlalu rapuh rupanya imanku padaMu
terlalu jauh penyerahanku padaMu
aku takut ya Allah
dimana aku disisiMu?









Ya Allah..
kemudi hatiku kian longlai
pelayaran ini terlalu panjang
kembara seakan tak berhujung
aku lelah...








Ya Allah..
Kaulah yang Maha Gagah
pada kelemahan dan keletihan ini
kumohon kau pulihkan
berilah aku kekuatan
untuk kuteruskan perjalanan





[UPMJ - Di Mana DIA di hatiku]
[Lakeside, Nottingham. Jan 2012]

~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi, 
sekadar coretan kecil, moga ada erti ~

8 Jan 2012

..I.L.M.U..




"... Ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak diberikan kepada orang yg melakukan maksiat" ~Imam Syafie~


Niat > Wudhu' > baca Al-Quran > Doa > Study~

Sesiapa yg pergi mencari ilmu maka Allah akan membuka pintu syrga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan2 di lautan mendoakan utknya. (HR Abu Daud)

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan razeki yang bagus (baik). Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak di dengar (makhbul) dan amalan yang tidak di naikkan (diterima).

Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar.
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya." (Imam Ghazali)


-ILI-

~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi, 
sekadar coretan kecil, moga ada erti ~

7 Jan 2012

..C.I.N.T.A..



Walaupun ustaz nie orang sekampung i.e lebih tepat orang Rawang (bangga sebentar disitu..), tak pernah berkesempatan bertemu secara dekat. Rezeki Allah maha luas, dibumi UK jauh dari tanah air, berpeluang bertemu depan-depan dan bertegur sapa sepatah dua. Gembira bila ustaz masih ingat arwah abah, maka kuperkenalkan diri sebagai anaknya. 
"Masyaallah, kenapa tak kenalkan diri awal-awal (segan kot ustaz, siapalah saya huhu...). Ayah kamu.........." Sebak jadinya diri ini bila ustaz meneruskan bicara.. 

Sekarang baru faham, mengapa abah kadang-kadang keluar malam setelah seharian sibuk dengan urusan kerja. Mengapa dipondok usang itu hatinya sering terpaut. Bersama-sama mereka, walaupun disini, sering membuat aku rindu padanya. Moga pertemuan yang sebentar cuma ini, ada semangat yang dapat ditiupkan pada diri, untuk terus thabat atas jalan ini. Bersendirian, sungguh aku tidak mampu. Moga Dia hadirkan seseorang yang tidak akan pernah jemu mendidik diri ini untuk terus mengenaliMu. Pemilik cintaku, setelah Allah dan Rasul.. Amin....

~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi, 
 sekadar coretan kecil, moga ada erti ~

3 Jan 2012

2:155




Dan, sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, 
dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. 
Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. 
(QS Al-Baqarah: 155)

1 Jan 2012

Kembara mencari Cinta

Ibnu Qudamah al Maqdisi berkata :
"Perjalanan merupakan suatu wasilah untuk
melepaskan diri daripada sesuatu yang ingin dijauhi 
atau mencapai sesuatu yang diingini"




Kembara pendek selama 10 hari mengiringi detik-detik terakhir di tahun 2011. Ada keruh yang ingin ku lupakan sebentar dan jernihkan semula, maka perjalanan itu aku mulakan. Ada Cinta yang ingin ku capai maka langkah kaki yang kumulakan semakin laju berderap dengan harapan untuk bertemu cintanya Dia.

Allah...!!! Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Tak dapat digambarkan bagaimana. Baru kini aku merasakan sedikit demi sedikit, apa yang dinamakan "keluarlah dari sempitnya dunia kepada lapangnya akhirat". Sungguh ya Allah, kekuatan itu aku perlukan. Moga langkah kaki akan terus kukuh atas jalan dakwah. Moga hati akan terus thabat mencari cintaMu.

Sungguh aku hamba yang kerdil. Jauh aku tersasar namun masih sudi kau hulurkan rahmatMu dikala hati begitu lalai. Kembara pendek yang berakhir ini sungguh menakutkan. Apakah aku akan terus kuat untuk kembara seterunya yang lebih panjang? Ya Allah, moga engkau beri kekuatan. 

Kepada mereka yang mengisi kembaraku kali ini, moga Allah mudahkan perjalanan kita semua.



~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi, 
 sekadar coretan kecil, moga ada erti ~