Pages

29 Mar 2013

Abang dan adik.

Sangat comel OK video nie... Tak tertahan untuk tidak share...=D
(Ikut pengalaman sendiri, dulu kalau ajar adik mengaji mesti stress lepas tu sbb adikku akan sgt creative mencari cara untuk tak nak baca dan kakak dia sgt tak creative bab pujuk memujuk ini... urgh~!!)

Bila difikir balik, ada beberapa perkara yang tanpa sedar boleh kita belajar dari adik berdua yang comel ini. Abangnya tegas (garang macam over pulak) tapi lembut. Sangat terkesan bila si adik nak minta tukar lidi penunjuk abangnya pun ikutkan aje, dan mereka pun mengaji dengan amannya hingga ke akhir. Cool sangat nie... Brother kecik sorang ni...

Lidi je pun... Yes, memang sebatang lidi je pun kalau dilihat pada zahirnya. Tapi in real life, berapa ramai yang sanggup bermati-matian mempertahankan "sebatang lidi itu" kerana sebuah ego? Lalu mengorbankan tenang pada hati. Zahir tampak gah berjaya, batin terseksa oleh rakusnya jiwa...


Seharusnya lelaki itu menjadi pemimpin kami kaum wanita, 
tegas dengan prinsipnya tapi flexible pada amalinya. 
Lalu kita yang perempuan, 
mudahkanlah diri untuk dibantu, 
menuju jalan bertemu Tuhan.

Us.


Almost 6 years...

~ credit to farah for the lovely picture ~

Malam itu.

Melihat rakan-rakan sepelas tamat sekolah. Masing-masing dengan kehidupan tersendiri. Yang dulunya boleh dikatakan gangsters sekolah, alhamdulillah, berubah malah lebih hebat dari "orang masjid" sekolah.

Bila melihat rakan-rakan yang semakin jauh dari bi'ah yang pernah sama-sama kita membesar didalamnya, hati jadi sedih. Kasihan, barangkali mereka terpaksa menghambakan diri dengan trend semasa, supaya tidak kelihatan asing dan pelik di tengah-tengah masyarakat yang sudah sedia pelik dari kaca mata hamba Tuhan.

Seluarnya semakin singkat, menampakkan aurat. Owh, andai aurat sendiri tidak terjaga, macam mana nak jaga aurat isteri dan anak-anak...??
Ummah semakin hilang pemuda yang tegas menjadi hamba tuhan, dan lambakan pemuda yang lembik dengan harta, dunia dan wanita semakin menjelekkan pandangan...

Manusia berubah.

Dia yang aku kenal kurang lebih 3 tahun lalu. Mesra dan ceria orangnya. Sesekali bertemu, sapanya pasti membuat hati jadi ceria, selebihnya kami tenggelam dengan kehidupan masing-masing. Di suatu malam, buat pertama kali kami duduk berdepan, berbicara tentang kehidupan. Banyak kata-katanya pada malam itu lain benar dari biasa. Sepertinya dia bukan dia yang aku kenal 3 tahun yang lalu.
"Saya sedih sebab rasa terlambat nak bergerak bersama-sama dengan kawan-kawan lain. Kenapa orang tak ajak saya awal2 buat kerja baik macam nie? Saya rasa ter left out. sedih" ='( 
Ada rasa sesal diwajahnya dan aku hanya mampu terdiam... Kata-kata itu, sungguh pedih mencalar hati. Bukan kerana kasar bahasanya tapi kerana kecewa pada diri sendiri yang lambat bertindak. Ya Allah, Engkau Maha Tahu apa sebabnya. Moga Engkau ampunkan atas khilaf diri yang salah mentafsir.

Akhirnya, dia sendiri yang memujuk diri...
"Tak pe lah. Mesti Allah tahu ini masa yang terbaik untuk saya. Dulu saya pun malas nak fikir pasal bende2 macam ni and nak buat pun sebab kawan-kawan buat. Tapi insyaallah, sekarang saya nak bergerak bukan sebab kawan-kawan, tapi sebab diri sendiri yang nak."
Sekali lagi, kata-katanya kuat menampar diri. Betapa sungguh dia bersangka baik pada kawan-kawan dan yang paling utama, bersangka baik pada Allah. Lalu Nadiah, pada setiap yang berlaku dalam hidup, bagaimana sangkaanmu pada Dia??

Buat kamu yang di malam itu kita saling berbicara, moga terus kuat. Akan ada banyak cabaran yang menanti dihadapan. Berperang dengan diri sendiri sahaja barangkali kita akan penat dan lelah. Titiplah doa moga kita terus thabat, tiada carpet merah dijalan ini, moga ukhuwah  menjadi hadiah terindah.


Sungguh, 
manusia berubah, 
dan aku akan terus cemburu pada mereka, 
di waktu mereka telah bertemu manisnya cinta Tuhan,
aku masih terkial-kial membasuh banyaknya dosa sendiri...

17 Mar 2013

Sahara

Angin sahara itu,
Bertiup dalam ilusi,
Sesekali menampar tubuh,
Lalu berlalu entah kemana.

Jejak ke sahara itu nanti,
Mungkinkah jejak yang bermakna?
Atau sekadar jejak yang sama,
seperti jejak-jejak sebelumnya?

10 Mar 2013

Inner peace

Kali pertama aku peduli kewujudan istilah ini barangkali 2 tahun lepas dan hanya setahun kemudiannya aku kembali peduli untuk berfikir apa sebenarnya "inner peace"? Perkongsian dari seorang sahabat buat aku kembali merenung diri. Dalam kehidupan seorang hamba yang penuh ujian, samada ada ujian kesenangan ataupun kesusahan, apa benar ketenangan itu benar-benar kau rasa? 4 tahun kebelakangan ini sungguh 4 tahun yang banyak menguji tawakal, redha dan sabar ku pada Dia. Maka dalam 4 tahun yang penuh turun naik ini, apa benar ada tenang dalam hati? sepertimana kalamNya
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram." [13:28]
Setelah buat kesekian kalinya persoalan itu berlegar-legar diruang fikiran, maka akhirnya hari ini aku luahkan sebahagiannya pada seorang kenalan nun jauh ditanah air. Menaip beberapa baris dan berhenti lama berfikir. Cuba mencari kata moga tidak ada yang salah mentafsir. Lalu, ada pesan yang dititipkan kepadaku, si adik yang masih bertatih memahami tulisan Dia.
O you who have believed, avoid much [negative] assumption. Indeed, some assumption is sin. And do not spy or backbite each other. Would one of you like to eat the flesh of his brother when dead? You would detest it. And fear Allah ; indeed, Allah is Accepting of repentance and Merciful. [49:12]
Ketika asyik menunding jari kepada teman atau lawan, sering kita terlupa jari ditangan yang sama kembali menunding diri sendiri. Ketika leka bercerita tentang aku, aku dan aku, sering kita terlupa tentang dia dan mereka yang juga punya cerita sendiri. Apa kau peduli?

Alhamdulillah, ruang harapan kembali bersinar, ketika rasa lelah dan penat hampir melemaskan. Ada penantian yang akan berakhir. Bila dan bagaimana? Hanya Dia yang tahu. Kutitipkan doa dari jauh, moga diberikan kekuatan buat hati itu yakin dan sungguh2 mengakhiri sebuah penantian, memulakan sebuah perjalanan yang baru. Diluar, awan mendung dan salju gerimis turun, tidak sempat memutih, mencair dibumi Tuhan. Apakah itu awan yang sama, yang memuntahkan rintik-rintik hujan, nun di tanah air?



Membelek-belek post terdahulu...
Permulaan yang baik bukan satu jaminan "Namun sekurang-kurangnya dengan persediaan yang baik di sebuah permulaan, doa kita kepada-Nya tidak palsu kerana ia dilafaz selepas USAHA." [UHAJ]