Pages

16 Nov 2010

Jangan dan jangan...

Jauhilah dari banyak berprasangka, kerana banyak berprasangka itu membawa padah.
Jangan menyerang peribadi  bila berlaku perselisihan faham. lebih-lebih lagi bila melibatkan organisasi islam.
Bila berikhtilaf, jangan mencari kelemahan orang lain sebaliknya carilah kelebihan pada mereka.
Konsep berikhtilaf tidak akan pernah padam. Perkara normal untuk wujud dan mewarnai kehidupan seharian.
Tetapi selagi mana tidak mencabar dan menyanggahi hukum Allah, raikan perbezaan moga bercambah pemikiran.


Dalam sesuatu pertubuhan yang berasakan keagamaan, pertubuhan itu bukan milik ketua tetapi milik anggota dan masyarakat. Bersikap terbuka. Apa sahaja yang baik, datang dari mana-mana pihak terimalah dan analisis.
Barang kali pening dengan variasi jemaah yang wujud, maka ada yang memilih untuk tidak memilih.
Sabda Rasulullah, hendaklah kamu semua mengaitkan diri kamu dengan jamaah...


Selagi mana pemimpin taat kepada perintah Allah, hasil syura memberikan kemaslahatan (kebaikan) kepada ummah, memberi penghargaan kepada pihak lain yang turut membawa islam maka tidak ada masalah.
Ahli harus kenal siapa pemimpin. Harus faham apa objektif dan arah tuju pimpinan.
Transparent antara ahli dan pemimpin. Taadud jamaah..
Semua pun buat kerja islam. Betul tapi apa yang di cari ialah kesatuan dari segi wadah dan manhaj.
Kesatuan itu penting tetapi khilaf itu tidak boleh dinafikan.


Jangan menghukum pendangan orang lain salah selagi mana ada walau secalit kebenaran dalam kata2 mereka.
Jangan menghukum pandangan orang lain salah, selagi mane hujah kita sendiri masih terbuka untuk berlakunya kesilapan.
Belajar berlapang dada kerana sesungguhnya setiap orang, masing-masing berhujah dengan hujah yang terbaik untuk dirinya.. Tetapi tidak valid untuk berhujah dengan hukum-hukum Allah yang telah jelas lagi sohih..


Lawan cara ilmiah dengan cara ilmiah juga. Jangan lawan dengan emosi.
Beradab dan sopan dalam memberikan pandangan. Susulkan dengan alternatif dan cadangan.
Agar sesuatu perkara itu tidak sekadar di halang atau disekat tetapi disalurkan kepada cara lain.


- Ust Erfino, malam raye waktu UK -