Pages

28 Feb 2012

Langkah tercipta


Lewat perjalanan akhir-akhir ini
Penuh warna-warni dan ceritanya yang tersendiri
Suka dan duka, tangis dan tawa
Silih berganti...

Berjalan mencari diri
Terperangkap oleh kenangan semalam
Ada sesal yang datang bertandang
Segara kukhabarkan pada hati
Untuk semalam yang telah lalu
Ada pengajaran buat hari esok
kembalilah...

Pada masa depan yang menanti
Ku berbisik sendiri
Sudikah diterima diri ini 
yang dhaif dan penuh calar
Keliru...


“Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (39: 53)

19 Feb 2012

Coret-coret NISE 12'

Buat kesekian kalinya, bumi Leeds menyaksikan perkumpulan student muslimat Malaysia dari seluruh UK. Rona merah dan hitam disana sini, menjadi tema NISE kali ini dan menjadi pilihan tetamu yang datang walaupun sekadar sebagai penyokong. Awalnya, terasa berat kaki nak melangkah memikirkan banyak kerja-kerja yang belum selesai. Akhirnya pergi juga demi memberi sokongan kepada team Nottingham ...Soutunnisa'... (padahal memang teringin nak pergi pun huhu...)

Nisa' Nasheed Extravaganza 2012

Ada apa dengan NISE kali ini?? Lain orang, mungkin lain pengalaman yang diperolehi. Alhamdulillah, banyak memori indah sepanjang NISE kali ini walaupun terlibat belakang tabir je. Indahnya ukhuwwah yang terbina, rasa itu pada hati. Tak terluah melalui tulisan, tak tergambar melalui kata-kata. 


"Ya Allah moga kau eratkan hubungan diantara hati-hati kami. 
Jadikanlah perjumpaan kami ini, perjumpaan yang engkau rahmati, 
dan perpisahan kami ini, perpisahan yang jauh dari dosa."

Biasanya pak cik train check ticket guna pen atau puncher bulat, hari nie dia punch dgn puncher yang comel.. Macam tahu-tahu je kitorg nak pi NISE...=)
Rasa macam kenal je no yg MC announce, positive!! memang no aku... Cepat2 gali beg cari tiket, mana pulak dah ticket ni. Satu demi satu pocket beg dibuka. Tak jumpe. Argh!! Sampai orang sebelah pun tolong korek beg. Akhirnya, Yes, jumpe dah!! Tp MC dah buat panggilan ketiga and dah cabut no baru... Down!! -.-" Xpelah x de rezeki nak buat macam mane kan. (Dalam hati dok teringat kalaulah, kalaulah, kalaulah aku letak tiket tue depan mata awal. Haish...)


Owh, NISE ada photography competition jugak. Credit to my beloved friend yang rajin mengeditkan gambar dan berjaya "paksa" untuk hantar juga gambar ni (walaupun rasanye macam tak de kaitan je dengan tema NISE -Ideal Muslimah Empowering Ummah-) Siap tolong check dateline tutup penyertaan, pastu tolong registerkan, pastu suruh check email, pastu dok remind banyak kali dah bayar fee ke belum, dah bayar ke belum... Haish, dah macam mak kedua lah pulak. Alhamdulillah, tak sia-sia hantar, dapat hadiah...=D (terubat balik rasa down terlepas lucky draw tadi) Love you Amerlia...


"Ambil ibrah dari sang burung, yang terbang tinggi dilangit biru, Kadang dibaling batu luka dan tersungkur kebumi, namun akhirnya akan kembali ke sarang juga..."


Terlepas hadiah cabutan bertuah tapi Allah ganti pula dengan hadiah untuk gambar yang dihantar. Terasa ada sesuatu yang Allah nak ajar pada diri ini. Dalam hidup kita sering bersedih bila kehilangan sesuatu (atau ditimpa musibah). Rasa kecewa tu terbawa-bawa hingga kadang-kadang kita tak dapat focus pada urusan lain. Pada masa diuji tu lah seharusnya kita ambil peluang untuk muhasabah semula diri sejauh mana kebergantungan dan redha kita pada rezeki yang telah Allah tetapkan. 


Jagalah hubungan dengan Allah, Insyaallah Allah tak kan sia-sia kan hamba yang ikhlas mencintaiNya. Kita tak tahu apa yang Allah sediakan dimasa depan. Yakinlah Allah dah sediakan yang lebih baik untuk kita atas apa yang luput dari genggaman. Hikmah yang kadangkala hanya disedari bila kita berfikir. Kalau pun apa yang tersedia dimasa hadapan bukanlah apa yang diinginkan, belajarlah dan bermujahadahlah untuk redha. Siapa kita untuk mempersoalkannya? Sedangkan hati masih lalai dari mengingati Dia, sedang diri masih begitu jauh dari rasa syukur dan kehambaan kepadaNya. Sedarlah duhai diri, engkau hanya seorang hamba yang tidak punya apa-apa.


Alhamdulillah, sambil makan-makan selepas tamat NISE, ada pula sedikit perkongsian berkaitan ayat quran Ali -Imran 133-135 (Ustaz Nouman Ali Khan) yg menyentuh sifat-sifat orang yang bertaqwa :
  1. Orang yang bersedekah dalam keadaan senang mahupun susah
  2. Orang yang menelan (menahan) marah - kenapa telan? sebab kalau kunyah orang boleh nampak tapi kalau telan orang tak perasan. Seperti itulah bila kita marah, sembunyikanlah agar orang tak sedar pun yang kita tengah marah.
  3. Orang yang memaafkan orang lain - Selalu orang kata, kes saya lain, dia tu tak patut dimaafkan. Well, maaf tu pun sendiri memang diberikan kepada orang yang tak deserve pun untuk dimaafkan. Maka nak jadi orang bertaqwa, ayuh belajar memaafkan kerana Allah...!!
  4. Orang yang apabila berdosa dia bertaubat
Alhamdulillah ya Allah, atas setiap yang engkau kurniakan. Maafkanlah bila hati tak sempurna mencitaiMu. Dalam dada kuharap hanya diriMu yang bertakhta..

~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi, 
 sekadar coretan kecil, moga ada erti ~

17 Feb 2012

The M factor

16:125


Invite to the way of your Lord with wisdom and good instruction, and argue with them in a way that is best. Indeed, your Lord is most knowing of who has strayed from His way, and He is most knowing of who is [rightly] guided.(16:125)




9 Feb 2012

Sabar Ikhlas, itu Islam

Tangis, luka dan derita itulah yang menabur cinta di atas bumi...
Kerana aku kau dan lainnya 
tidak akan tahu bahagia jika tidak mengenal derita...

Mudah betul kita mengungkap derita, 
sedang para sahabat dan orang-orang yang berjuang di jalan Allah 
mereka jauh lebih hebat di uji namun tetap tenang disisi Tuhan. 
Malulah pada diri dan malulah pada Dia, 
bila keluh kesah itu menjadi bahasa harian, 
sedang diri begitu jauh dari rasa syukur dan kehambaan...

8 Feb 2012

Ana 'inda zonni 'abdi bi


~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi, 
 sekadar coretan kecil, moga ada erti ~

3 Feb 2012

Menangislah wahai mata

menagislah.jpg

~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi, 
 sekadar coretan kecil, moga ada erti ~

1 Feb 2012

Konvensyen Bidadari Dunia 2012

Konvensyen Bidadari Dunia (KBD) 2012 
anjuran iluvislam.com. 
24 & 25 Mac 2012 
Putrajaya International Convention Center (PICC).

Prof. Muhaya, Prof. Madya Syarifah Hayati, Dato' Ustazah Siti Nor Bahiyah, Dr. Nikki Shuhada, Dr. Harlina Siraj, Ummi Ros, Wardina, Nora, Catriona Ross, Puan Rozita (Sendayu Tinggi), juara Ustazah Pilihan serta juara Solehah dan ramai lagi.

Jom rebut peluang ini untuk menuntut ilmu dan pengalaman

Daftar sekarang di www.bidadaridunia.com
(diskaun 'early bird' sehingga 29 Februari 2012 ini. )

~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi, 
sekadar coretan kecil, moga ada erti ~