Pages

27 Apr 2013

Sebelum terlambat

30 mins late and I missed my last chance to see and say good bye to my task supervisor, Dr David Foley, on his very last day in the university. We are not that close, but worked together twice a week for 2 months... to see his empty desk and "dark" fume hood is really heartbroken *over pulak* Semoga aku tak terkontang-kanting utk 3 minggu yg akan datang sebelum submission final year project. I really need to work on my time management skill -nasib baik semalam dah jumpe sekejap-

His is very helpful, enthusiastic dan sanagat pandaaiiiiiiiiii. Kesiannya dia dpt student kecik like me, nak bukak pintu peti sejuk (utk simpan chemicals) pun x larat *pintu tue sgt ketat OK !!*, nak set up column chromatography pun x sampai so kena pakai stool *i'm the only one yg guna bende tue dlm lab sbb orang lain semua tinggi2 belako* dan rasanya aku telah tanpa sedar men'spoiled'kan Valentine's date dia. Dek kerana reaction ku meragam, terpaksalah abg chemist ku balik rumah dgn rushnya sejam lewat dr plan asal. At least aku tahu dia ade kehidupan lain sbb sebelum nie hidup dia mcm dlm lab je haha..

For unknown reason, rasa sedih sangatlah pula mungkin sebab rasa macam hilang orang yang boleh dirujuk utk write up (padehal boleh je contact via email and padehal dia hanya bertanggung jawab utk bantu kerja-kerja dalam lab and padehal main supervisor ade je utk bantu).... 

... lalu rasa kehilangan itu membawa hati jauh pulang ke tanah air. Macam mana mak laluinya sebelum nie? Mesti lebih sedih hati itu bila arwah abah dijemput Allah. Mak tak drive dan kami sangat bergantung pada arwah bila nak kemana-mana. Sungguh bila arwah tiada, terasa lumpuh sebentar dan hari2 selepas itu mak kemana-mana naik bas, ke pasar, ke tempat kerja etc. Alhamdulillah sesekali Muiz pulang kerumah bercuti, bolehlah beli stock barang dapur etc. Besar jasanya mu dik, moga Allah balas dengan nikmat iman dan islam.

Pedih itu, bukan sekadar pada hilangnya tempat bergantung tapi kerana rasa yang di dalam hati. Barangkali rasa sedih bila Dr David pergi kerana ada rasa sayang seorang pelajar kepada gurunya. Bagaimana agaknya  rasa emak bila abah pergi? Mesti teramat sangat sedih hati seorang isteri itu. Dua dekat bersama, susah dan senang... Alhamdulillah ada adik-adik (Muiz, Eyra, Muaz dan Eyta) bersama-sama disisi, menjadi penguat di waktu-waktu sukar itu...

Maafkan akak mak, ketika hatimu itu basah dengan air mata, diri ini hanya mampu bersuara dibalik telefon bimbit dari kejauhan...

Terlambat 30 minit untuk seseorang yang baru dikenali beberapa bulan, apalah sangat. Hanya jarak yang memisahkan, masih ada ruang untuk kusampaikan salam. Maka untuk insan-insan yang lebih dulu dikenali, dan lebih dekat dengan hati, sebelum terlambat seumur hidup dan sebelum 2 alam berbeza memisahkan, ketahuilah betapa sungguh dihati ini, ada sayang buatmu emak, abah dan adik-adik, kerana Allah hendaknya. amin...


p/s : Seorang hamba yang kerdil ini, ada masa terlupa berdoa, suatu ketika dulu, pernah sungguh-sungguh aku memohon pada Dia, hampir saja aku putus asa dan makin lupa memohon, dipujuk hati bahawa Dia punya rencana yang lebih baik dan tepat waktunya, sungguh-sungguh aku memohon lagi, lalu hari ini, Dia tunjukkan sesuatu yang mengukir senyum pada bibir... Alhamdulillah =)

19 Apr 2013

...

Kekhawatiran tak menjadikan bahayanya membesar,
hanya dirimu yang mengerdil,
tenanglah, semata kerana Allah bersamamu,
maka tugasmu hanya berikhtiyar,
dan di sana,
pahala syurga menantimu,

-Salim A Fillah-

Perlu


Ya Allah ketika kau uji kami,
Dengan kemahuan yang teramat sangat,
Sedang ia bukan untuk kami,
Ajarkan kami ya Allah,
Erti syukur pada yang sedikit,
Moga kami tidak lupa,
Mengucap syukur pada yang banyak.

Terlalu mahu,
Moga aku tak lupa,
Pada yang namanya,
Perlu.