Pages

19 Dec 2011

LG

Audit Diri

Lose to Gain

Syukur


~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi, 
sekadar coretan kecil, moga ada erti ~

17 Dec 2011

Konvensyen Fiqh Ummah 2012



~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi, 
 sekadar coretan kecil, moga ada erti ~

Inner Peace

Tidak ia datang bergolek, tidak juga ia datang melayang,
Perlu dicari, Perlu diburu, Perlu dikejar,
Perlu mujahadah...

Bila hati selalu resah, selalu gelisah,
Khabarkanlah pada hati, 
pulanglah...


~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi,
 sekadar coretan kecil, moga ada erti ~

Fenomena OLEY !!

Alhamdulillah, suatu ketika dulu, pernah Allah beri kesempatan untuk bertemu secara "face to face" dengan 4 dari 5 pimpinan dalam video ni. Dia punya feel tue... PERGH..!! 
Moga mereka terus ikhlas berjuang untuk Islam. 

Siapakah dia pencuri itu...??
Masih aku menunggu..

~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi, 
 sekadar coretan kecil, moga ada erti ~

11 Dec 2011

Akhlak mulia


"Belajar untuk punya common sense, makanya perlu PEKA dengan keadaan sekeliling" terasa ikhlas pada nadanya. Mahu melihat anak-anak muda kini membesar dengan akhlak mulia. Dipesan lagi, agar penuhi dada dengan adab-adab bersosial. Barangkali, terlalu sedih melihat tingkah anak-anak muda kini, semakin pincang dan sonsang..

Seharusnya, Rasulullah itu menjadi contoh teladan. Selayaknya tujuan baginda diutuskan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam dan kerana pada diri baginda itu terdapat suri teladan yang baik yang sewajarnya kita jadikan sandaran dan panduan. Jaga akhlak kerna ia cerminan diri. Kerna ia melambangkan apa yang di dalam. Kerna ia sebagai kayu ukur (benchmark) sejauh mana aqidah itu tertanam dalam hati. 

Diskusi tentang akhlak mulia, walaupun telah diajar semenjak sekolah rendah, walaupun nampak remeh, telah pun berlangsung selama hampir satu jam.. Hinggakan lahirlah sebuah 'equation' yang menarik untuk di fikir-fikirkan :

 Input ------(proses)------> Output
Aqidah ----(ibadah)------> Akhlak

"Kurang adab kerana kurangnya ilmu".... Zupp!! Menyentap!! 
"Buku ni sangat komprehensif. Bila dibaca, banyak sebenarnya yang kita sbg orang dewasa pun tak tahu / terlupa. Bagus baca buku ni. Saya buat hantaran untuk isteri saya dulu, hehe..." (owh laa... sempat lagi sambung yang belakang tue, haha...)



JOM !! AYUH !! Baiki Akhlak... 
"YA Allah .. sepertimana Engkau merperelokkan kejadian kami, 
perelokkan jugalah akhlak kami..."

6 Dec 2011

Doa dan harapan...


...DOA itu HARAPAN
dan
HARAPAN itu DOA...

Pada hati kecil yang mengharap,
teruslah berdoa,
Pada hati kecil yang berdoa,
teruslah mengharap,

Moga doa dan harapan bisa bertemu,
dalam realiti yang menjadi saksi,
tingginya harapan dalam sebuah doa,
dan bersungguhnya doa untuk sebuah harapan...


Harapan yang satu itu, hanya aku yang tahu, ku simpan ia kemas dalam sebuah doa. Sungguh, tidak walau seorang pun.. hanya Engkau , hatta sebelum doa itu aku panjatkan, Engkau telah lebih dulu mengetahui...

Bersederhanalah dalam membina harapan.
Agar kecewa dan keluh kesah tidak menjadi bahasa harian.
[UHAJ]
...zahir tak terucap

1 Dec 2011

Racunkah atau penawar


Ada cerita yang sepatutnya menjadi rahsia. Biarkan ia berkubur menjadi sejarah. Usah digali usah dicari, kelak memakan diri, menyeksa hati. Realitinya, cerita itu disaksikan oleh banyak mata-mata yang melihat dan memandang. Manusia akan terus bercerita, tanpa sedar membongkar satu demi satu cerita silam. Cerita mereka atau cerita dia. Cerita itu mungkin racun pada yang empunya cerita, mengapa perlu ia disebar-sebarkan???


Hanya Allah yang berkuasa memuliakan dan merendahkan. Ditutup segala khilaf dan dosa semalam, hingga bisa engkau keluar, mengatur langkah dijalanan, berlagak sepertinya lah engkau yang terbaik. Dipandang orang tinggi dan mulia. Namun, bisa saja dibuka keaiban itu, bila-bila masa, tanpa pernah engkau terfikirkan bagaimana... Lalu engkau terus melangkah dengan penuh rasa bangga, tanpa sedar, mereka tidak lagi memandang engkau tinggi dan mulia, namun jelingan kali ini, jelek dan sinis...


Cerita mereka dan aku, cerita kau dan aku, cerita kami, cerita kita... Buat bekal jalani hari-hari yang mendatang. Semakin hari, makin banyak cerita mereka yang turut aku alami, aku jadi keliru mengapa mereka bertindak begitu? bukankah sepatutnya begini? Lalu aku mulai faham mengapa, kerana untuk bertindak seperti yang sepatutnya begini perlu kekuatan dan jiwa yang besar, dan aku belum sekuat itu dan jiwa ku masih jiwa keanak-anakan yang kecil, sedang membesar harapnya.. lalu aku turut bertindak begitu, sama seperti mereka..


Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. 
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.