Pages

28 Feb 2013


Seorang tua di bahu jalan..

Susuk tubuh lelaki separuh abad itu,
Selalu mencuri pandangku,
Dibalik jendela kamar,
Terhinjut-hinjut dia melangkah,
Dibahu jalan berseorangan,
Kadang di temani anjingnya yang setia,
Sebelah tangannya sentiasa di anduh,
Tergantung kemas di leher tua,
Tidak pernah kami berbual,
Mungkin pernah beberapa kali bertembung,
Lalu senyum menjadi bahasa tubuh,

Di suatu malam pekat,
Ada cahaya biru, 
Memancar-mancar dibalik jendela,
Kuintai dari balik tirai putih,
Ambulance terpakir dihadapan rumah,
Hati penuh tanda tanya, mengapa ya?
Lalu wajah tua itu antara yang hadir menerpa fikiran,
Moga baik-baik2 semuanya...

Laman muka buku di buka,
Sekeping gambar dimuat naik,
Tidak jelas,
Ada jiran yang melihat, 
Seorang tua terbaring dijalanan,
Didahinya ada luka berdarah,
Berat hati merasakan,
Barangkali dialah orangnya,
Entah mengapa, ada gusar buat dia...

Hari ini,
Selepas tragedi malam itu,
Tertancap lagi mata pada susuk tubuh itu,
Sekilas terpandang, 
Seakan ada balutan didahinya,
Betulkah dia yang cedera dimalam itu?

Tidak pernah kami berbual,
Mungkin pernah beberapa kali bertembung,
Namun hadirnya sungguh aku sedari,
Moga Allah kurniakan,
Cahaya Hidayah buatmu,
Doa buat seorang tua di bahu jalan...

27.02.13
Dunkirk, Nottingham

Tragedi malam 22.02.13
Gambar oleh Kak Hayati Zainal
*Macam berita pulak*

27 Feb 2013

dan bila...

Bila peduli sudah mula pudar,
Bila terima kasih tidak lagi mesra,
Bila hati penat bermain rasa,
Bila rasa pula semakin samar...

Bukankah dengan mengingati Allah itu jiwa menjadi tenang?
Maka bersedialah bila diuji...

Ya Allah, tetapkanlah hati kami dalam iman...

23 Feb 2013

Rindu

I miss him...
Selamat Hari lahir abah,
Moga tenang di alam sana,

He used to be a dad with a few words,
I can barely remember any to be honest,
kalau naik kereta berdua,
I'll be the one yang start our conversation,
I miss the feeling when he's around,
I miss how patient he was with us,
How he just can't say NO to us,
sanggup ambil anak dia dr asrama
wpun anak dia boleh balik sendiri naik bas
-That's why i'm sooo not independent type of "anak sulung"-

It's been 3 years,
sometimes,
the lost is just so overwhelming,
cause i'm losing the old me too,
I don't know how and why...
#serabut#

-22Feb13-



'Ala kulli hal,
Terima kasih Allah,
kerana masih sudi meminjamkan,
Emak dan adik2,
sahabat dan teman2...

I miss the old Me,
but I'm happy with who I am today,
Belajar mencari hikmah,
Kerana ia barang yang hilang dari orang2 mukmin...

18 Feb 2013

Notts Berselawat 4.0 : Ya hanana

Qasidah Ya Hanana (Betapa Beruntungnya Kami)


Notts Berselawat 3.0 : Ya Badrotim


Qasidah. 
Sungguh perkataan yang selalu didengar tapi tidak lekat dihati, terasa jauh dan selalu akan dikaitkan dengan "kenduri" dan "orang-orang tua" huhu... Alhamdulillah, usai Nottingham Berselawat, ada satu rasa dalam hati. Qasidah itu adalah sesuatu yang indah, bukan sekadar pada lagunya tapi lebih indah pada bahasanya...


Qasidah Ya Badrotim (Wahai bulan Purnama)



Notts Berselawat 2.0 : Solatun Bissalamil Mubin

Notts Berselawat 1.0 : Selawat


Alhamdulillah, selesai Nottingham Berselawat. Penampilan istimewa Ustaz Don Daniyal, penceramah TV al-Hijrah, Tidak dilupakan Dr Afifi Al-Akiti pensyarah di faculty Theology, Oxford University yang turut sama hadir. Gadingan mantap kedua-duanya sangat memberi makna pada sebuah majlis ilmu di perantauan.

Selewat bergema di University of Nottingham. Diketuai oleh kumpulan ODC dan our little caliphs. Tidak dilupakan team kompang Nottingham... Mantop!!!



4 Feb 2013

Andai aku bisa terbang,
Jauh dan bebas...
Tinggi ke langit biru...

Langit Turki,
24 Jan 2013.