Pages

28 Oct 2011

Hati

menari jari di atas papan kekunci
menyusun huruf penuh rapi
dipadam kembali 
untuk yang entah keberapa kali
menulis adalah penawar buat hati
yang setia mendengar itu dan ini
telah kuajarkan pada diri
sejak dulu hingga kini


tika ini
terasa mahu menulis lagi
tetapi 
hilang kata untuk dikongsi
kemana engkau pergi??
penat aku bertanya pada diri
akhirnya aku akhiri saja begini
kerana hati itu rumit sekali
bila senang ia senyum manis sekali
bila luka, biarkan, ia akan sembuh sendiri
oleh aliran masa yang datang dan pergi


ya Ilahi
engkau maha tahu dan mengerti
berilah ketenangan pada hati
kerana itulah yang Engkau beri
pada hamba-hamba yang ikhlas mengabdi diri
lemas dalam mencari cinta yang suci
cinta dari rabbul 'izzati..


“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar 
( Iaitu ) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan , 
mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah
dan kepada Allah jualah kami kembali”.
Mereka itu ialah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya”. 
( 2: 155-157 )