dipulangkan semula ke alam manusia,
tetapi hati dan akalnya
masih separuh di sana.
Justeru dunia manusia ditanggapi seorang Waizuri
dengan penelitian seorang penziarah,
masih separuh di sana.
Justeru dunia manusia ditanggapi seorang Waizuri
dengan penelitian seorang penziarah,
kritikal dan terpisah
pintarnya mentafsir
bahasanya tidak terzahir
dia memahami dunia tetapi tidak merasai diri sebahagian daripadanya
dia mengerti dunia tetapi tidak mempunyai kemahuan untuk menguasainya.
Semua di sekelilingnya, mengunci jasadnya
sedangkan apa yang dia mahu adalah mengikut hatinya.
Untuk Waizuri tidak ada istilah cinta
kerana perasaan serupa itu terlalu sempurna
kesempurnaan tidak ada di dunia.

________________________
Hakikatnya aku hanya seorang penziarah,
Tetamu senja dibumi Allah,
yang pulangnya tidak diketahui bila dan bagaimana,
Penziarah yang tidak punya apa-apa,
Moga sudi Kau memandangku nanti ya Allah,
Tika begitu ramai lagi tetamu yang pulang,
dengan bekal yang cantik dan indah-indah...