Pages

17 Aug 2011

Sang pencinta..

Berbicara soal cinta,
aku malu untuk berkata-kata,
entahkan nyata,
entahkan sirna.
aku ingin menjadi sang pencinta, 
yang mengejar tanpa putus asa.
moga ada cintaMu untukku Ya Allah.



-Nottingham, Jan 2011-

12 Aug 2011

Rimbun Keampunan...


Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan 
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian 
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan 
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan 

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan 
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar 
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan 
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda 

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan 
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama 
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran 
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan 

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan 
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati 
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya 
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan

27 Jul 2011

kEmBali...



Harapan dari setiap insan
Kesenangan serta ketenangan
Menjalani hidup ini
Tanpa ada cubaan

Sayang harapan itu tak pasti
Kerna cubaan akan terjadi
‘Tuk menguji sabar diri 
Dan ketaqwaan

Akan kah kita tetap tegar menjalaninya dgn keikhlasan
Ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya 
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan
Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongan

26 Jul 2011

!~ WOW ~!


Alhamdulilllah, WOW 2011 sudah pun melabuhkan tirainya. Jazakallhu khairan kathiran kepada semua peserta dan committee, setiap antara yang hadir semuanya berperanan besar meng'WOW'kan WOW 2011 kali ini...=D

Bertempat di Kompleks Rakan Muda Klang, accommodation dan facilities yang disediakan memang memuaskan. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berkenalan dengan ramai sahabat-sahabat. Diberi kesempatan untuk koreksi diri melalui ceramah-ceramah dan juga diberi kesempatan untuk belajar dari pengalaman melalui sesi LDK. Mungkin juga added value kepada committe, diberi kesempatan untuk pantas bertindak dan membuat keputusan. Susah senang yang sama-sama dirasa, moga menjadi antara kenangan indah dalam sebuah perjalan hidup.

Semoga ada hikmah dan berkat, pada masa yang diluangkan untuk menghadiri program ilmu yang sebegini. Rindu melihat para pemuda dan pemudi yang bersemangat dan berkobar untuk terus mencapai kecemerlangan tanpa melupakan hakikat hidup bertuhan.

Jom kita layan, Trek Siswa yang diberi exclusivity untuk membuat liputan sepanjang WOW 2011..


26 Jun 2011

!!..wWo0O0oWw..!!

Di suatu ketika dulu 
aku pernah berada di sini...
WOW 2009


Dan aku berada bersama mereka lagi di 
WOW 2010


Kini, mereka tampil lagi dengan
WOW 2011


Kepada semua yang bakal menjejak bumi UK, Eire etc etc
Selamat melangkah kaki
Terbang lah tinggi
tetapi jangan pernah lupa memandang ke bawah...

WOW in memories...

20 Jun 2011

Tawakkal

Sebulan study leave, terasa masa berlalu begitu pantas. Masih banyak yang belum dibaca semula dan masih banyak yang belum difahami lagi. Mengapa boleh jadi begini? Terasa begitu pendeknya waktu yang tinggal sedangkan telah 3 bulan sem 2 berlalu. Kemanakah hari-hari yang telah lalu hingga diri rasa begitu sesak dan lemas dalam tuntutan ulang kaji yang terasa berat dan menyiksakan.

Tidak berkatkah masa yang telah berlalu? Bukan bersangka buruk dengan Allah, sekadar bermuhasabah diri, adakah masa-masa yang telah lalu aku isi dengan perjuangan di atas jalanNya. Atau masa itu berlalu seperti masa-masa yang terdahulu. Ketika aku begitu cetek akan tujuan dan hakikat kehidupan.



Keluar dari dewan peperiksaan, bercampur baur perasaan. Antara sedih kerana tak dapat jawab soalan, juga tenang kerana itu yang terbaik telah aku lakukan. “Baca banyak mana pun, hafal sungguh mana pun, kalau Allah tak bagi ingat memang x ingat” luah seorang sahabat. Tersentap telinga yang mendengar. Peringatan itu sangat bermakna buat diri ini. Mengingatkan aku erti kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Pertolongan Allah itu ada dimana-mana, andai saja kita memohonnya…


Usai peperiksaan, focus di arah pada amanah-amanah yang tertangguh kerana memberi laluan kepada ulang kaji. Kata orang, berjuang itu jalannya pahit.  Alhamdulillah, kali ini Allah beriku peluang merasa pahitnya perjuangan. Aku merasa hangatnya titis air mata yang jatuh kerana pedihnya luka sepanjang laluan yang berduri.

Segera ku berpesan pada diri, dalam kita semangat dan berkobar-kobar menyampaikan Islam, jangan kita lupa kepada yang empunya hati. Berdoalah kepada pemiliknya, moga diberi peluang kepada kita dan orang-orang disekeliling untuk merasa nikmat Iman dan Islam. Kerana segigih mana dan sekuat mana pun usaha, tiadalah erti tanpa pertolongan Allah.

Kata orang, kadang-kadang Allah datangkan hujan ditengah-tengah panasnya mentari, rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi untuk kita nikmati dipenghujungnya. Terasa manisnya ujian yang Allah beri, bila insan-insan disekeliling menjadi penguat dari belakang. Manisnya hidup berjemaah, terasa hilang arah bila bersendiri. Terasa amannya hati, bila memahami erti perjuangan tidak semestinya diakhiri dengan kemenangan dan kesenangan. Yang penting, sejauh mana usaha telah didahulukan dan seteguh mana tawakkal diiringkan.

4 Jun 2011

Summer oh Summer...♥

15 hari lagi, langkah kaki bakal diatur di bumi Malaysia yang telah 9 bulan kutinggalkan. Kepulangan kali kedua seusai exam final year dari bumi Nottingham, debaran dan 'excited'nya masih sama. Bezanya, kepulangan kali ini terasa lebih terarah. Moga cuti summer ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Amin...


 


Teringat 2/3 minggu sebelum pulang summer first year. Plan yang memang dah lama dirancang untuk turun 'berjihad' di medan carboot (yang hanya dibuka pada hari Ahad sahaja) melonjak-lonjak. Disana, deretan kereta dan aneka macam barang terpamer menunggu 'tuan' baru. Budaya di UK, mereka gemar menjual barang-barang yang masih elok tetapi tidak lagi diperlukan daripada membuang ke tong sampah begitu sahaja. Boleh dapat barang semurah 10 pence (kalau di malaysia macam 10 sen lah, tetapi kalau di convert secara tepatnya lebih kurang RM 0.50), terpulang kepada kepakaran dan mata yang tajam untuk spot barang-barang yang menarik. Housemateku, Amerlia memang pakar dalam bab-bab nie..=)


Tetiba dapat text dari seorang kakak... lebih kurang begini tulisannya
       "awak, ahad nie nak ajak g program. Jom".
Bersungguh kakak tersebut mengajak. Hati tak mampu nak tolak perlawaan tapi jiwa berkeras nak ke carboot jugak. Argghh..!! Geramnya, Malasnya..!! Perancangan Allah, langkah kaki akhirnya menuju ke program dan bukannya ke carboot yang telah lama ku tahan-tahan sejak exam dulu..=(


Sepanjang program saya menjadi orang yang 'ketat' mukanya, sangat 'rebel' hatinya dan macam-macam lagilah. Tetapi, Perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan. Moga Allah limpahkan berkat kepada kakak tersebut, walaupun saya lemas dengan pujukan beliau pada awalnya, tetapi manfaat dari program tersebut sangatlah tak terkata. Sedihnya, beliau sudah pun pulang ke Malaysia. Moga Allah cekalkan hatinya di atas jalan dakwah. Amin...


Sejak hari itu saya mula berfikir tentang matlamat hidup. Mula berfikir tentang corak yang bagaimana mahu dilakar untuk masa hadapan. Cukupkah sekadar menjadi seorang yang hanya berkerja mencari duit disiang harinya dan balik rumah berehat di malam harinya untuk mengumpul tenaga agar dapat menyambung kerja di esok harinya pula?


Moga Allah lembutkan hati-hati kita semua untuk terus bermujahadah mencari titis ilmu milikNya. "Bantulah aku ya Allah, yang begitu lalai mengingatimu"


20 May 2011

Dua insan

Lapangkanlah ya Allah akan hidunya...
Mudahkanlah ya Allah akan urusannya...
Limpahkanlah ya Allah akan kasih dan rahmatMu...
Hiasilah ya Allah senyuman pada wajahnya...
Pada insan yang satu ini..


Temukanlah kami ya Allah pada hari yang engkau janjikan...
Damaikanlah ya Allah pada jiwa yang engkau pinjamkan...
Kurniakanlah ya Allah maghfirah dan keselamatan...
Jadikanlah ya Allah, kediamannya salah satu dari taman syurgaMu..
Sampaikanlah ya Allah salam rindu padanya...

11 May 2011

senyum dan tawa...

Hati bertanya
Masihkah Ada rindu
Masihkah Ada sayang


Hati menjawab
Rindu dan sayang takkan pernah padam
Dan ia akan terus terpahat
Lantaran dalamnya sayang pernah Kau berikan
Dan manisnya kenangan yang Kau tinggalkan


Kau selalu hadir di malam hariku
Membuat hati jadi sayu dipagi harinya
Namun...
Langkah kaki terus ku ayun
Sendu Suara bonda mengingatkan
Pada harapan dan impianmu


Terima kasih ya Allah
Duka Yang Kau beri
Membuat hati jadi pedih
Namun Kau rawat dengan hikmahMu


Kini,
Hari terus berlalu
Seiring berjalannya waktu
Senyuman kembali terukir
Kau beri aku begitu banyak kasihMu
Meski hati begitu lalai dan leka


21 Apr 2011

Di mana kemaafanmu...

Kita mengharap dia tahu tetapi kita pernah memberitahu,
Kita mengharap dia faham, tetapi kita tak pernah memberi dia faham...
Dalam hidup ini, kita bertemu dengan ramai orang. Kita berurusan dengan pelbagai manusia. Adakala hati terluka kerna tingkah dan kata-kata mereka. Merawat hati dan perasaan, tak semudah merawat luka di badan. Hati itu kurniaan Allah, begitu lembut dan penuh kasih-sayang. Ibarat pasir ditepi pantai, berubah mengikut alunan ombak. Namun bisa saja hati itu menjadi sekeras batu-batuan. Yang terlalu melindung diri dan tak peduli ombak dipersisiran. 


Bila hati terluka, kita mengharap dia tahu, betapa hati ini sakit dan terluka. Malangnya, kita tak pernah memberitahu dan sekadar menyimpan rasa. Luka semakin bernanah dah kita terus membiarkannya parah. Bila hati terluka, kita mengharap dia faham, betapa hati ini kecewa dan pedih. Tetapi kita terlupa dia hanya manusia biasa. Yang masih belajar erti kehidupan.
 
Ramai manusia, yang sakit hati dan kecewa namun sekadar berdiam diri. Tidak pernah berusaha mencari ruang, untuk menjernihkan keadaan. Disimpan hati yang sakit, hingga terlupa kisah semalam dan tiada lagi tawa bersama. Bila salam dihulur, mengapa palingan muka yang kau lontarkan. Manusia sering saja membuat silap. Dan mengapa pintu kemaafan itu terlalu sukar untuk dibukakan. Maka apa yang ingin kau buktikan??


Terima kasih kerana pernah memberi perhatian, daif diriku kerana tak mampu menjadi sehebat kamu. Ynag terlalu banyak memberi dan aku sekadar menerima. Kerana yang ku mampu beri, hanyalah doa dihujung sejadah juga ingatan didalam hati. Adakala aku mencipta kata, yang kudapat hanya kerdipan mata. Adakala aku pergi membawa diri, tetapi masih disalah erti. Maka apa lagi yang kau mahukan??


Andai saja kau tahu, betapa aku sayang... Mungkin kata dan tingkah tak pernah mengiakan, tetapi tahulah bahawa kau sentiasa di hati. Biarlah Allah menjadi saksi, kerana aku tidak lagi mampu menabur janji, juga tak mampu merawat hati, seorang sahabat yang kukasihi.
Aku bukanlah yang terbaik, moga kau akan bertemu sahabat yang lebih memahami di sepanjang laluan kehidupan. Andai ada rindu yang datang menyapa, sambutlah walau sebentar. Ku undurkan diri agar hati itu bisa terubat, seiring berjalannya waktu. Salam sayang buat sahabat..