Melihat rakan-rakan sepelas tamat sekolah. Masing-masing dengan kehidupan tersendiri. Yang dulunya boleh dikatakan gangsters sekolah, alhamdulillah, berubah malah lebih hebat dari "orang masjid" sekolah.
Bila melihat rakan-rakan yang semakin jauh dari bi'ah yang pernah sama-sama kita membesar didalamnya, hati jadi sedih. Kasihan, barangkali mereka terpaksa menghambakan diri dengan trend semasa, supaya tidak kelihatan asing dan pelik di tengah-tengah masyarakat yang sudah sedia pelik dari kaca mata hamba Tuhan.
Seluarnya semakin singkat, menampakkan aurat. Owh, andai aurat sendiri tidak terjaga, macam mana nak jaga aurat isteri dan anak-anak...??

Ummah semakin hilang pemuda yang tegas menjadi hamba tuhan, dan lambakan pemuda yang lembik dengan harta, dunia dan wanita semakin menjelekkan pandangan...
Manusia berubah.
Dia yang aku kenal kurang lebih 3 tahun lalu. Mesra dan ceria orangnya. Sesekali bertemu, sapanya pasti membuat hati jadi ceria, selebihnya kami tenggelam dengan kehidupan masing-masing. Di suatu malam, buat pertama kali kami duduk berdepan, berbicara tentang kehidupan. Banyak kata-katanya pada malam itu lain benar dari biasa. Sepertinya dia bukan dia yang aku kenal 3 tahun yang lalu.
"Saya sedih sebab rasa terlambat nak bergerak bersama-sama dengan kawan-kawan lain. Kenapa orang tak ajak saya awal2 buat kerja baik macam nie? Saya rasa ter left out. sedih" ='(
Ada rasa sesal diwajahnya dan aku hanya mampu terdiam... Kata-kata itu, sungguh pedih mencalar hati. Bukan kerana kasar bahasanya tapi kerana kecewa pada diri sendiri yang lambat bertindak. Ya Allah, Engkau Maha Tahu apa sebabnya. Moga Engkau ampunkan atas khilaf diri yang salah mentafsir.
Akhirnya, dia sendiri yang memujuk diri...
Akhirnya, dia sendiri yang memujuk diri...
"Tak pe lah. Mesti Allah tahu ini masa yang terbaik untuk saya. Dulu saya pun malas nak fikir pasal bende2 macam ni and nak buat pun sebab kawan-kawan buat. Tapi insyaallah, sekarang saya nak bergerak bukan sebab kawan-kawan, tapi sebab diri sendiri yang nak."
Sekali lagi, kata-katanya kuat menampar diri. Betapa sungguh dia bersangka baik pada kawan-kawan dan yang paling utama, bersangka baik pada Allah. Lalu Nadiah, pada setiap yang berlaku dalam hidup, bagaimana sangkaanmu pada Dia??
Buat kamu yang di malam itu kita saling berbicara, moga terus kuat. Akan ada banyak cabaran yang menanti dihadapan. Berperang dengan diri sendiri sahaja barangkali kita akan penat dan lelah. Titiplah doa moga kita terus thabat, tiada carpet merah dijalan ini, moga ukhuwah menjadi hadiah terindah.
Sungguh,
manusia berubah,
dan aku akan terus cemburu pada mereka,
di waktu mereka telah bertemu manisnya cinta Tuhan,
aku masih terkial-kial membasuh banyaknya dosa sendiri...