Pages

29 Mar 2013

Abang dan adik.

Sangat comel OK video nie... Tak tertahan untuk tidak share...=D
(Ikut pengalaman sendiri, dulu kalau ajar adik mengaji mesti stress lepas tu sbb adikku akan sgt creative mencari cara untuk tak nak baca dan kakak dia sgt tak creative bab pujuk memujuk ini... urgh~!!)

Bila difikir balik, ada beberapa perkara yang tanpa sedar boleh kita belajar dari adik berdua yang comel ini. Abangnya tegas (garang macam over pulak) tapi lembut. Sangat terkesan bila si adik nak minta tukar lidi penunjuk abangnya pun ikutkan aje, dan mereka pun mengaji dengan amannya hingga ke akhir. Cool sangat nie... Brother kecik sorang ni...

Lidi je pun... Yes, memang sebatang lidi je pun kalau dilihat pada zahirnya. Tapi in real life, berapa ramai yang sanggup bermati-matian mempertahankan "sebatang lidi itu" kerana sebuah ego? Lalu mengorbankan tenang pada hati. Zahir tampak gah berjaya, batin terseksa oleh rakusnya jiwa...


Seharusnya lelaki itu menjadi pemimpin kami kaum wanita, 
tegas dengan prinsipnya tapi flexible pada amalinya. 
Lalu kita yang perempuan, 
mudahkanlah diri untuk dibantu, 
menuju jalan bertemu Tuhan.