Pages

28 Feb 2013

Seorang tua di bahu jalan..

Susuk tubuh lelaki separuh abad itu,
Selalu mencuri pandangku,
Dibalik jendela kamar,
Terhinjut-hinjut dia melangkah,
Dibahu jalan berseorangan,
Kadang di temani anjingnya yang setia,
Sebelah tangannya sentiasa di anduh,
Tergantung kemas di leher tua,
Tidak pernah kami berbual,
Mungkin pernah beberapa kali bertembung,
Lalu senyum menjadi bahasa tubuh,

Di suatu malam pekat,
Ada cahaya biru, 
Memancar-mancar dibalik jendela,
Kuintai dari balik tirai putih,
Ambulance terpakir dihadapan rumah,
Hati penuh tanda tanya, mengapa ya?
Lalu wajah tua itu antara yang hadir menerpa fikiran,
Moga baik-baik2 semuanya...

Laman muka buku di buka,
Sekeping gambar dimuat naik,
Tidak jelas,
Ada jiran yang melihat, 
Seorang tua terbaring dijalanan,
Didahinya ada luka berdarah,
Berat hati merasakan,
Barangkali dialah orangnya,
Entah mengapa, ada gusar buat dia...

Hari ini,
Selepas tragedi malam itu,
Tertancap lagi mata pada susuk tubuh itu,
Sekilas terpandang, 
Seakan ada balutan didahinya,
Betulkah dia yang cedera dimalam itu?

Tidak pernah kami berbual,
Mungkin pernah beberapa kali bertembung,
Namun hadirnya sungguh aku sedari,
Moga Allah kurniakan,
Cahaya Hidayah buatmu,
Doa buat seorang tua di bahu jalan...

27.02.13
Dunkirk, Nottingham

Tragedi malam 22.02.13
Gambar oleh Kak Hayati Zainal
*Macam berita pulak*