20 Jul 2012
Transformasi...
Bicara Selebriti sempena Hari Hiburan Islam anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. Ahli panel Ust Hasrizal, Mas Azam (KCB), Yatt dan Anna Raffali.
# Moga Ramadhan kali ini, ruang transformasi buat diri.
Kelantan,
Namanya asing ditelingaku,
pernah dengar tapi tak akrab,
Mas Azzam
11 Jul 2012
Tetamu
Dia pemuda bermata bening yang ditangkap pari-pari pada waktu kecil
dipulangkan semula ke alam manusia,
dipulangkan semula ke alam manusia,
tetapi hati dan akalnya
masih separuh di sana.
Justeru dunia manusia ditanggapi seorang Waizuri
dengan penelitian seorang penziarah,
masih separuh di sana.
Justeru dunia manusia ditanggapi seorang Waizuri
dengan penelitian seorang penziarah,
kritikal dan terpisah
pintarnya mentafsir
bahasanya tidak terzahir
dia memahami dunia tetapi tidak merasai diri sebahagian daripadanya
dia mengerti dunia tetapi tidak mempunyai kemahuan untuk menguasainya.
Semua di sekelilingnya, mengunci jasadnya
sedangkan apa yang dia mahu adalah mengikut hatinya.
Untuk Waizuri tidak ada istilah cinta
kerana perasaan serupa itu terlalu sempurna
kesempurnaan tidak ada di dunia.
pintarnya mentafsir
bahasanya tidak terzahir
dia memahami dunia tetapi tidak merasai diri sebahagian daripadanya
dia mengerti dunia tetapi tidak mempunyai kemahuan untuk menguasainya.
Semua di sekelilingnya, mengunci jasadnya
sedangkan apa yang dia mahu adalah mengikut hatinya.
Untuk Waizuri tidak ada istilah cinta
kerana perasaan serupa itu terlalu sempurna
kesempurnaan tidak ada di dunia.
________________________
Hakikatnya aku hanya seorang penziarah,
Tetamu senja dibumi Allah,
yang pulangnya tidak diketahui bila dan bagaimana,
Penziarah yang tidak punya apa-apa,
Moga sudi Kau memandangku nanti ya Allah,
Tika begitu ramai lagi tetamu yang pulang,
dengan bekal yang cantik dan indah-indah...
28 Jun 2012
Dulu
“Rumah ini, terlalu banyak kenangan” pernah mak ungkapkan suatu
ketika dulu, masing-masing sepi dihujung talian.
Di dinding bilik itu, ada tampalan-tampalan keratan akhbar dan poster. Tidak banyak, cuma beberapa keping. Setelah hampir 3 tahun, tidak
bertambah tidak juga berkurang. Tidak berusik. Masih disitu. Sama seperti dulu.
Sekeping sampul surat lama, kubuka. Sarat dipenuhi khazanah lama juga kepingan-kepingan kad miliknya. Segera dimasukkan kembali. Tak mampu ditenung
lama-lama.
Dulu, bersungguh2 mak tanam pokok kamboja
renek. Kata mak dulu arwah abah teringin nak tanam pokok ni. Kini, hampir setahun berlalu, bunga-bunga
kuning mulai menghiasi pokok yang masih renek itu. Cantik..=)
Sambil-sambil menyapu lantai, ada kesan cellophane tape,
dulu pernah abah lekatkan pada lantai, buat tanda ketika bermain dart bersama-sama. Ia masih tersisa disitu. Sengaja dibiarkan.
Usai solat Asar petang tadi, ketika hujan renyai-renyai
menyimbah bumi, sejurus salam kedua diselesaikan, entah mengapa wajahnya
tiba-tiba menghiasi pandangan. Sudah lama rasa itu tidak hadir. Sesekali
hati tertewas, kalaulah dan kalaulah satu demi satu menerjah fikiran. Segera hati
di pujuk. Ada hikmah pada setiap yang berlaku. Berilah hati itu, sedikit waktu
lagi…
“O Allah! Grant me Your love, and the love of a person whom my loving him will be of benefit to me near You. O Allah! Whatever You have granted me from what I love, make it a means of strength for me to use in the way You love. O Allah! Whatever love (of things) You have removed from me then grant in its place the love (of things) that You love.” (Tirmidhi)
Biarpun merangkak menerima takdir.
Ia banyak mengajar diri.
Utk belajar menghargai.
Hikmah itu misteri.
24 Jun 2012
Syukur
Ia pernah menjadi angan-angan
berputik dan subur menjadi harapan
dan kini hanya tinggal kenangan
Ia pernah menjadi sesuatu yang biasa
hari-hari berlalu seadanya
kini ianya menjadi sebuah kerinduan
Belajar bersyukur dengan sebuah pemberian,
Kerana syukur itu terlalu sukar untuk sempurna,
Alhamdulillah.
13 Jun 2012
A gift
Beberapa hari yang resah,
Tidak pasti apa yang tidak kena,
Seorang kawan pernah mengadu,
Saya sensitif dengan duit,
mungkin sebab tu Allah selalu uji saya dengan duit
Keluhan seorang adik pasca account paypal nya dirompak,
Kesian kat dia..
Barangkali,
Resah hati ini juga ujian dariNya,
Satu demi satu datang,
Menguji amarah yang mudah terbakar,
Few days in my very own room,
meng'isolate' diri dari manusia,
meng'isolate' diri dari manusia,
Memberi laluan untuk bersendiri...
Unexpected gift from a friend,
Dikala hati diusik rasa yang bermacam-macam,
Indescribable,
Alhamdulillah ya Allah,
Alhamdulillah ya Allah,
Begitulah pesan Rasulullah,
Salinglah memberi hadiah,
Nescaya akan timbul rasa sayang...
Time to go out and smile...=D
"Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya." Hadis riwayat Ibnu Jarir.
Subscribe to:
Posts (Atom)