Pages

28 Oct 2011

Ijtima' Tarbawi

Mungkin ini hanya sebuah lakonan biasa yang entahkan benar entah tidak, namun...
Mungkin ini hanyalah sebuah perbualan biasa telah diatur susun katanya, namun...
Mungkin ini hanya sebuah perjalanan biasa yang telah dirancang destinasinya, namun...
Marilah kita jalinkan kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang tambah gersang di hati ini
Kita siram kembali dengan air Iman yang suci
Dengan menabur budi kepada semua manusia

Bila hati gembur dan subur semula 
Benih mahmudah akan tumbuh kembali
Iakan berdaun subur dan berbuah
Memberi manfaat semula kepada penghuni taman yang resah

Jangan kita biarkan hati ini
Gersang dari kasih sayang
Manusia akan terumbang ambing 
Hidup di dunia ini
Pangkat dan kekayaan tiada erti
Bila kasih sayang tak dimiliki

Hati

menari jari di atas papan kekunci
menyusun huruf penuh rapi
dipadam kembali 
untuk yang entah keberapa kali
menulis adalah penawar buat hati
yang setia mendengar itu dan ini
telah kuajarkan pada diri
sejak dulu hingga kini


tika ini
terasa mahu menulis lagi
tetapi 
hilang kata untuk dikongsi
kemana engkau pergi??
penat aku bertanya pada diri
akhirnya aku akhiri saja begini
kerana hati itu rumit sekali
bila senang ia senyum manis sekali
bila luka, biarkan, ia akan sembuh sendiri
oleh aliran masa yang datang dan pergi


ya Ilahi
engkau maha tahu dan mengerti
berilah ketenangan pada hati
kerana itulah yang Engkau beri
pada hamba-hamba yang ikhlas mengabdi diri
lemas dalam mencari cinta yang suci
cinta dari rabbul 'izzati..


“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar 
( Iaitu ) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan , 
mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah
dan kepada Allah jualah kami kembali”.
Mereka itu ialah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya”. 
( 2: 155-157 )

26 Oct 2011

...MoM...

Ibu adalah sebuah sekolah 
yang apabila engkau persiapkan dia,
bererti engkau telah mempersiapkan suatu bangsa
dengan dasar yang baik...

"Baiknya sesebuah keluarga Insyaallah akan melahirkan masyarakat yang baik. Medan tarbiyah yang paling berkesan kepada anak-anak adalah dirumah. Disekolah, anak-anak belajar teori maka dirumahlah mereka melihat bagaiman teori itu diterjemahkan."

"Kelebihan seorang wanita, apabila dia melahirkan anak, kesakitan yang amat sangat itu Allah balas dengan keampunan atas segala dosa2 kecilnya."

"Salah faham anak muda zaman sekarang, melihat perkahwinan sebagai the ultimate goal. Shift your paradigm, lihatlah perkahwinan sebagai permulaan hidup yang lebih panjang." 


30 Sept 2011

27 Sept 2011

SePteMbeR...

School,
Effort, and
Play.
Trying your best
Each hour of the day,
Making new friends,
Being good as you can
Exciting discoveries,
Reading books with a friend...
- Boni Fulgham

21 Sept 2011

Moga bertemu kembali..

3 bulan cuti musim panas di tanah air Malaysia... 
-tamat-
banyak sejarah yang tercipta, banyak kenangan yang tercoret...

Ramai bertanya "Berapa lama lagi nak habis"
"Insyaallah, kalau tak ada apa-apa masalah 2 tahun lagi" 
ditutur dengan penuh harapan begitulah kesudahannya nanti amin..
"Owh, sekejap je tu 2 tahun.."
hmmm... terasa mahu menjawab..
2 tahun nie macam-macam boleh jadi mak cik, pak cik...
3 bulan nie pun dah banyak yang terjadi.
Siapa sangka..

Bumi Nottingham, akan kembali kujejaki,
Angin musim luruh bakal menampar pipi sekali lagi,
Ya Allah, aku mohon kekuatan untuk diperkukuhkan langkah ini,
Moga kembara ke bumi asing ini nanti,
Bakalan memberi ruang untuk terus mencari diri ...


4 Sept 2011

Smile...

So
  Group Of People Clip Art
Why??
Try to
My dear Me... 
Respect others and keep

Bahagia itu satu pilihan...

25 Aug 2011

Lukisan kita...


Kita punya semalam yang telah pergi. 
Yang indah untuk dikenang juga yang carik untuk dilupakan.
Andai waktu itu dapat ku putar kembali...

Kita hari ini terlukis oleh garis-garis semalam,
Lukisan indah, kertas kosong atau contengan tak bermakna,
Tepuk dada tanya iman, koreksi diri sendiri.

Kita esok hari, bakal dilukis oleh kita hari ini,
Warna dan coraknya, masih sempat untuk kita pilih,
Masih sempat untuk di 'draft'kan, 
Cuma hasilnya nanti entahkan menjadi entahkan tidak...


Hidup dalam kenangan semalam,
Ada kegusaran untuk melihat hari esok,
Andai bisa saja ku padam garis-garis yang menyakitkan pandangan,
Namun, garis itu bisa saja jadi peneman yang setia,
Untuk tidak diulang dalam lukisan esok hari,