Hati sedih dan sakit. Disimpan dalam-dalam.
Lalu berpesan pada diri...
"Nadiah, kalau ada kawan jadikanlah dia teman, kalau ada teman jadikanlah dia sahabat. Adab berkawan, bermasam muka dan kadang terasa. Yang penting sejauh mana huluran maaf mampu dihadiahkan. Kita mengharap dia tahu tetapi kita tak pernah memberitahu. Kita mengaharap dia faham, tetapi kita tak pernah memberi faham."
Pesanan lagi..
"Nadiah, bila berteman, usah mengharap dia meminta, tetapi selalulah kita yang memberi. Samaada dia tahu atau tidak, apa yang pasti Allah tahu. Bila berteman, jangan terlalu berharap untuk dia memahami, kerna dia hanya insan biasa. Pujuklah diri dengan senyuman, bahagiakan diri dengan iman."
dan berpesan lagi...
"Nadiah, kenapa dilupakan teman yang sentiasa disisi. Yang sama bersusah dan bersenang. Yang sama mengorak langkah di malam gelita, yang sama meredah sejuk menanti musim bunga, yang sama berpenat dan menahan lelah, biarpun cuma datang menunjuk muka."
Hati lantas meluahkan...
"Sedih bila melihat teman2. Yang muncul diwaktu senang, dan pulang bila kita memerlukan. Yang datang sekadar untuk meraikan, walaupun hakikatnya hati mengharap untuk sama meringankan tulang..."
Maka hati membuat kesimpulan..
"Bila ada program, jadilah mereka yang datang awal dan tolong susun kerusi meja, bukan sekadar datang dan terus menjadi penonton. Bila ada program, jadilah mereka yang lambat pulang dan tolong kemas kerusi meja, bukan sekadar pulang sebagai tetamu jemputan. Bila berada dalam persatuan, jadilah ahli yang menawarkan diri untuk membantu, bukan sekadar menunggu untuk diarahkan. Pemimpin atasan juga punya perasaan, terkadang segan bila terlalu selalu memohon sumbangan."
Maka pesanlah pada diri... Ubatilah hati yang sakit...
14 Feb 2011
Seorang ibu
Seorang ibu. Yang padanya tempat bergantung kami anak-anak. Dialah ibu dan dia jugalah ayah. Dialah yang menegur, terkadang meninggi suara bila tingkah anak-anak terasa sonsong. Dia jugalah kemudiannya datang memujuk dengan usapan lembut, tatakala rajuk anak-anak tidak bertempat dek teguran sayang si ibu yang disalah erti.
Seorang ibu. Yang pada wajahnya sungguh tabah dan cekal, menyuntik semangat pada jiwa anak-anak. Dikala hatiku terasa sesak dan penuh duka, suaranya menjadi penawar meringankan hiba. Pada wajah seorang ibu itu, aku mengenal erti hidup dan kesungguhan.
Seorang ibu. Yang besar jiwanya dihadapan anak-anak. Hakikatnya, hati itu juga adalah hati seorang wanita. Yang mudah terluka dan berdarah. Punya masa dan ketika, hati itu basah dengan air mata. Ahh, sungguh hatiku marah. Pada mereka yang melukakan hati ibu. Cukuplah hatinya menangis dulu, mengapa harus ditambah lagi , hingga hati ibu terus basah dalam lena yang dibuat-buat dan dalam senyum yang direka-reka.
Sungguh, kami masih anak-anak kecil, yang tidak mengerti besarnya hati ibu. Maafkanlah atas jahilnya kami menilai pengorbananmu. Maafkanlah atas butanya kami pada kasih dan sayangmu. Maafkanlah atas tulinya kami pada nasihatmu. Namun, ketahuilah ibuku, anak-anakmu ini sentiasa disisi. Bukanlah kami seorang penyair yang pandai menyusun kata. Sekadar anak kecil yang sama merasa sedihnya hati ibu yang berduka, dan senyuman hati ibu yang ketawa..
Terima kasih ya Allah, pada kurniaan seorang ibu untuk anak-anak kecil ini. Bantulah agar, hati ibu sentiasa tenang. Kerana hatiku juga akan turut gembira, pada senyuman hati seorang ibu.. Salam sayang buat emak .>>ENGKU RAMAH ENGKU JUSOH<<

27 Jan 2011
Di bumi itu..
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah. Dalam kesibukkan dan tekanan exam yang mengasak, Allah beri khabar gembira dari bumi Malaysia. Eyra berjaya akhirnya dapat tawaran ke SBPI Rawang aka SEPINTAR.
Moga sedihnya sebab tak dapat tawaran selepas UPSR, Allah ganti dengan jejak-jejak ke bumi SEPINTAR. To be honest, hati ini rasa gembira yang amat sangat, tak tahulah kenapa. Mungkin terkenang memori suka duka dibumi itu. Pada teman-teman yang mewarnai kehidupan juga pada guru-guru yang tidak jemu mendidik dan mentarbiyyah.
Dibumi itu aku temui erti hidup. Meskipun tidaklah sehebat di alam University. Tetapi memadai untuk melengkapkan diri, sebelum berjuang di medan sebenar. Moga apa yang aku rasakan, akan turut dirasai olehnya, bahkan moga lebih baik dari itu.
Dibumi itu,
Aku mengenal erti persahabatan.
Dalam tawa, ada duka yang dikongsi
Dalam gembira, ada air mata yang gugur bersama.
Pada adikku, melangkahlah dengan niat keranaNya. Moga perjalanan yang berliku terasa lurus, dan yang pahit terasa manis.

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat,
dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah.
Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
Peduli
Usai meeting bersama executive Islamic Society Nottingham University atau nama manjanya Notts ISOC, kaki melangkah laju ke surau untuk solat. Alhamdulillah, suraunya tidaklah terlalu besar tapi selesa, tempat bertemu rakan seakidah dari seluruh pelusuk dunia.
Kebetulan pula bertemu seorang sister dari Iran, Sudabhet namanya (tak tahu ejaan betul ke tidak). Seorang pelajar master dalam bidang English Language. Menariknya, mungkin sebab sudah terlalu lama berada di bumi UK, tambahan pula belajar subject English, slang pun dah sama macam slang orang disini (UK).
Kami berbual, tidaklah terlalu lama tetapi perbualan turut menyentuh isu sejarah...=))
Iran, dulunya dikenali sebagai Parsi. Bila bercakap tentang Parsi, x lengkap untuk tidak turut bercakap tentang Rom. Dan bila bercakap tentang Rom dan Parsi, teringat pula petikan ayat Al-Quran, (Ar-Rum 30 : 2-4)
Ketika tersiar berita kekalahan bangsa Romawi, kaum musyrikin Mekah menyambut dengan penuh gembira manakala kaum muslimin berduka-cita. Kenapa pula kaum muslimin nak bersedih? Jika diteliti, bangsa Romawi pada saat ayat ini diturunkan adalah satu bangsa yang beragama Nasrani yang mempunyai Kitab Suci sedangkan Parsi beragama Majusi penyembah api dan berhala (musyrik).
Janji Allah pasti datang. Kemenangan bangsa Romawi terbukti tujuh tahun selepas kekalahan mereka. Bukti kebenaran Al-Quran, terlakar di lembaran sejarah.
Kita melihat, betapa kaum muslimin di Mekah mengikuti perkembangan isu dunia. Mengambil ibrah buat diri sendiri dan semua, betapa hidup kita ini, janganlah hanya seperti katak dibawah tempurung. Bergelumang dengan masalah tersendiri dan menidakkan sedikit masa untuk PEDULI tentang umat islam yang lain.
Kebetulan pula bertemu seorang sister dari Iran, Sudabhet namanya (tak tahu ejaan betul ke tidak). Seorang pelajar master dalam bidang English Language. Menariknya, mungkin sebab sudah terlalu lama berada di bumi UK, tambahan pula belajar subject English, slang pun dah sama macam slang orang disini (UK).
Kami berbual, tidaklah terlalu lama tetapi perbualan turut menyentuh isu sejarah...=))
Iran, dulunya dikenali sebagai Parsi. Bila bercakap tentang Parsi, x lengkap untuk tidak turut bercakap tentang Rom. Dan bila bercakap tentang Rom dan Parsi, teringat pula petikan ayat Al-Quran, (Ar-Rum 30 : 2-4)
“Telah dikalahkan bangsa Rumawi (yang berpusat di Konstantinopel),
di negeri yang terdekat (terdekat ke negeri Arab iaitu Syria dan Palestina)
dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang,
dalam beberapa tahun lagi.
Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang).
Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu
bergembiralah orang-orang yang beriman,…”
Janji Allah pasti datang. Kemenangan bangsa Romawi terbukti tujuh tahun selepas kekalahan mereka. Bukti kebenaran Al-Quran, terlakar di lembaran sejarah.
Kita melihat, betapa kaum muslimin di Mekah mengikuti perkembangan isu dunia. Mengambil ibrah buat diri sendiri dan semua, betapa hidup kita ini, janganlah hanya seperti katak dibawah tempurung. Bergelumang dengan masalah tersendiri dan menidakkan sedikit masa untuk PEDULI tentang umat islam yang lain.
7 Jan 2011
Rapuh...
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu...
Dalam dada, ku harap hanya diriMu yang bertakhta..
6 Jan 2011
Pergilah dikau dengan tenang
Pergilah dikau dengan tenang,
walau kami di sini sangat kehilangan,
belum puas rasanya kita saling berbalas bicara,
belum cukup kita bergurau senda,
belum cukup aku merasa sayang,
walau telah banyak yang kau curahkan.
Pergilah dikau dengan tenang,
Kami iringi tangisan tidak berlagu,
Hati basah berendam rindu,
Dan sebak menahan pilu,
Hanya doa yang mampu kami kirimkan,
Dalam tadahan dihujung sembahyang,
Juga kenangan dihujung ingatan.
Pergilah dikau dengan tenang,
Walaupun sering kami mengharapkan,
Agar engkau segera pulang,
Kembali disisi saat susah dan senang,
Berkongsi tawa dan ketawa riang.
Pergilah dikau dengan tenang,
Janganlah diambil senyuman itu dari kami yang kau tinggalkan,
Janganlah dirampas kenangan indah yang kau titipkan,
Janganlah dipadam kasih yang pernah engkau hulurkan,
Kami akan nanti menyusul dibelakang,
Menunggu waktu dan giliran.
Pergilah dikau dengan tenang,
Doakan bonda, isteri dan anak-anakmu,
Moga kami sentiasa aman,
Tenang hati bersama iman,
Dan engkau juga hanylah pinjaman,
Haruslah kami pulangkan,
Biarpun hati pedih dengan sebuah kehilangan.
Pergilah dikau dengan tenang,
Kutitipkan kata-kata mewakili rasa,
Andai kau tahu betapa aku sayang,
Betapa aku rindu dan terkilan,
Bila kau pergi tika aku dikejauhan,
Tinggallah aku walau bukan sendirian.
Pergilah dikau dengan tenang.
Pergilah..

4 Jan 2011
16 Nov 2010
Jangan dan jangan...
Jauhilah dari banyak berprasangka, kerana banyak berprasangka itu membawa padah.
Jangan menyerang peribadi bila berlaku perselisihan faham. lebih-lebih lagi bila melibatkan organisasi islam.
Bila berikhtilaf, jangan mencari kelemahan orang lain sebaliknya carilah kelebihan pada mereka.
Konsep berikhtilaf tidak akan pernah padam. Perkara normal untuk wujud dan mewarnai kehidupan seharian.
Tetapi selagi mana tidak mencabar dan menyanggahi hukum Allah, raikan perbezaan moga bercambah pemikiran.
Dalam sesuatu pertubuhan yang berasakan keagamaan, pertubuhan itu bukan milik ketua tetapi milik anggota dan masyarakat. Bersikap terbuka. Apa sahaja yang baik, datang dari mana-mana pihak terimalah dan analisis.
Barang kali pening dengan variasi jemaah yang wujud, maka ada yang memilih untuk tidak memilih.
Sabda Rasulullah, hendaklah kamu semua mengaitkan diri kamu dengan jamaah...
Selagi mana pemimpin taat kepada perintah Allah, hasil syura memberikan kemaslahatan (kebaikan) kepada ummah, memberi penghargaan kepada pihak lain yang turut membawa islam maka tidak ada masalah.
Ahli harus kenal siapa pemimpin. Harus faham apa objektif dan arah tuju pimpinan.
Transparent antara ahli dan pemimpin. Taadud jamaah..
Semua pun buat kerja islam. Betul tapi apa yang di cari ialah kesatuan dari segi wadah dan manhaj.
Kesatuan itu penting tetapi khilaf itu tidak boleh dinafikan.
Jangan menghukum pendangan orang lain salah selagi mana ada walau secalit kebenaran dalam kata2 mereka.
Jangan menghukum pandangan orang lain salah, selagi mane hujah kita sendiri masih terbuka untuk berlakunya kesilapan.
Belajar berlapang dada kerana sesungguhnya setiap orang, masing-masing berhujah dengan hujah yang terbaik untuk dirinya.. Tetapi tidak valid untuk berhujah dengan hukum-hukum Allah yang telah jelas lagi sohih..
Lawan cara ilmiah dengan cara ilmiah juga. Jangan lawan dengan emosi.
Beradab dan sopan dalam memberikan pandangan. Susulkan dengan alternatif dan cadangan.
Agar sesuatu perkara itu tidak sekadar di halang atau disekat tetapi disalurkan kepada cara lain.
- Ust Erfino, malam raye waktu UK -

11 Oct 2010
Fantasi vs Realiti
Halaqah sister Fullah 081010.
Jelas Islam mencela perbutanzina. Hatta larangan yang di abadikan dalam Al-Quran bermula dengan tegahan untuk mengHAMPIRi zina. Sedang mata, telinga, tangan dan kaki kita terusan melakukan zina, kita masih lagi terbuai dgn definisi sempit zina iaitu perhubungan haram diluar perkahwinan.
Menarik perbincangan minggu ini, tatkala Sister Fullah mula mengaitkan zina dengan isu perhubungan antara lelaki dan perempuan sebelum pernikahan i.e couple. Kalau dulu, telah dicop dikepala couple itu .HA.R.A.M. Menerima larangan bercouple dari sudut hukum. Namun, seusai pulang dari halaqah hari itu, cop dikepala mula diubah kepada penerimaan halangan bercouple dari sudut hukum beserta logik.
Semasa dibangku sekolah menengah, teringat nasihat seorang senior, jangan bercouple kerna nanti akan dikafarahkan dalam hubungan perkhawinan yg sah kelak. Menarik kerana tanpa sedar, couple itu menyediakan platform untuk kite terbuai dalam alam fantasi. Melihat sempurnanya si dia dalam tutur kata dan budi bicara. Kita melihat si dia sebagai role model pasangan terbaik untuk mengisi kekosongan diri hingga ke hari tua.
Andai perhubungan menjejak jinjang pelamin, kita mula melihat si dia yang sebenar. Marahnya belum tentu bertempat, katanya belum tentu berlapik. Andai dulu minyak wangi menjadi sahabat berjalan, kini minyak angin menjdi teman diperaduan. Andai dulu kemeja dan blouse jadi pilihan, kini kain batik dan baju pagoda menjadi rebutan. Dan kita mula merasakan kehilangan si dia yang dulu menjadi pujaan.
Andai pula, hujan ditengah jalan. Bertemu teman baru untuk meneruskan perjalanan. Kita mula membandingkan, kesempurnaan si dia yang hanya diluaran. Dan kita terbuai oleh mimpi yang berpanjangan. Mengharapakan kesempurnaan dari pasangan yang memberikan kita sebuah realiti. Bahawa hidup ini bukanlah hanya untuk menerima kesempurnaan. Tetapi saling melengkapi untuk menjadi sempurna.
Bila hati dan pemikiran, terlalu dibelai dengan fantasi, bimbang diri menjadi rapuh bila realiti menziarah dan tidak mahu pulang. Antara fantasi dan realiti... tepuk dada tanyalah iman di hati..
Moga diri ini juga, akan terus tabah mendidik diri mengejar realiti, dan membiarkan fantasi terbang di buai angin musim luruh. Andai ada kesempatan, bertemu kita di pentas realiti itu. Andai tidak, biarkan fantasi ini berlalu...
Jelas Islam mencela perbutan

18 Aug 2010
Memori dan kerinduan..
Agak-agak nak lelapkan mata,
moga ada lebihan tenaga untuk terawih dan tadarus dgn segarnya malam nanti,
tersentuh hati ini dengan kisah Saidatina Khadijah
yang disampaikan oleh ustazah Asni dalam slot Cerita Nabi.
Betapa Saidatina Khadijah itu, wanita yang hebat.
Seorang isteri yang sentiasa mekar dihati.
Menjadi teman yang sangat disayangi baginda Rasulullah
walaupun jasadnya tiada lagi dihadapan mata..
Dan yang tinggal hanyalah memori dan kerinduan.
Pada suatu hari, selepas pemergian Saidatina Khadijah,
Rasulullah dan Fatimah duduk untuk makan.
Kata Rasulullah, " Ya Fatimah, tambahlah satu lagi pinggan".
Balas Fatimah dengan hairan, " Ayahku, sesungguhnya hanya kita berdua sahaja yang ada. Untuk siapakah pula pinggan yang ketiga itu?"
Jawab Rasulullah, "Untuk Khadijah"
Teringat pula kata-kata eyta 2 hari lepas
Eyta : "Muaz..!! Janganlah duduk kat kerusi nie. Nie tempat abahlah.."
Muaz : Erk..??
Aku : Terdiam..(-.-)!
Mak : "Hmm... Janganlah cam tue. Kan dah xde orang duduk situ."
Eyta : "Alaa.. kan abah selalu duduk sini."
Ramadhan pertama tanpa abah disisi..
Dan yang tinggal hanyalah memori dan kerinduan...

Subscribe to:
Posts (Atom)