menari jari di atas papan kekunci menyusun huruf penuh rapi dipadam kembali untuk yang entah keberapa kali menulis adalah penawar buat hati yang setia mendengar itu dan ini telah kuajarkan pada diri sejak dulu hingga kini
tika ini terasa mahu menulis lagi tetapi hilang kata untuk dikongsi kemana engkau pergi?? penat aku bertanya pada diri akhirnya aku akhiri saja begini kerana hati itu rumit sekali bila senang ia senyum manis sekali bila luka, biarkan, ia akan sembuh sendiri oleh aliran masa yang datang dan pergi
ya Ilahi engkau maha tahu dan mengerti berilah ketenangan pada hati kerana itulah yang Engkau beri pada hamba-hamba yang ikhlas mengabdi diri lemas dalam mencari cinta yang suci cinta dari rabbul 'izzati..
“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
( Iaitu ) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan ,
mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya”.
"Baiknya sesebuah keluarga Insyaallah akan melahirkan masyarakat yang baik. Medan tarbiyah yang paling berkesan kepada anak-anak adalah dirumah. Disekolah, anak-anak belajar teori maka dirumahlah mereka melihat bagaiman teori itu diterjemahkan."
"Kelebihan seorang wanita, apabila dia melahirkan anak, kesakitan yang amat sangat itu Allah balas dengan keampunan atas segala dosa2 kecilnya."
"Salah faham anak muda zaman sekarang, melihat perkahwinan sebagai the ultimate goal. Shift your paradigm, lihatlah perkahwinan sebagai permulaan hidup yang lebih panjang."