Usai solat maghrib dan Solat hajat,
Sempena imtihan yanng bakal tiba,
Duduk berbulatan gembira,
Rancak mendengar kisah sahabat,
Jauh bertandang merentas Laut Ireland,
Kisah yang hampir sama tapi tak serupa,
Dalam tak sedar,
Ada teguran dari Dia,
Buat diri kembali berfikir,
Atas ukuran apa engkau menerima,
Dan atas ukuran apa engkau menolak,
Moga kutemui hikmah yang tersembunyi,
Memberi tenang dalam diri, amin...