Berbual dengan sahabat lama. Panjang perbualannya. Tentang masa lepas, tentang masa sekarang dan tentang masa depan. Semakin diri menginjak dewasa, semakin luas skop perbualan. Cerita lama itu mengukir senyuman. Lawak jugak cerita2 zaman sekolah... huhu... Rindu zaman sekolah. Tetapi harus berpijak dibumi nyata, masa itu telah berlalu pergi. Masa depan pula yang menanti.
Adat bersahabat kadang-kala terasa hati. Kata maaf diberi dan diterima. Kata maaf itu dihulur lagi, beberapa kali, buat mengubat hati yang pernah terluka. Maaf diterima dengan senyuman. Sejujurnya, dalam hati mungkin masih ada luka yang cuba disembunyikan. Moga ia akan sembuh dengan aliran masa yang datang dan pergi.
Buat kesekian kalinya, ada maaf yang akan dihulur lagi. Kerna aku bukan sesiapa. Banyak khilaf dan dosanya. Sudilah kiranya maaf ini diterima. Kerana untuk menyakiti hati seorang sahabat, adalah perkara terakhir yang ingin dilakukan...
"dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa,Mahabijaksana."(surah Al-anfal, 8:63)
~ tidak banyak yang ada pada diri untuk kuberi,
sekadar coretan kecil, moga ada erti ~