"Belajar untuk punya common sense, makanya perlu PEKA dengan keadaan sekeliling" terasa ikhlas pada nadanya. Mahu melihat anak-anak muda kini membesar dengan akhlak mulia. Dipesan lagi, agar penuhi dada dengan adab-adab bersosial. Barangkali, terlalu sedih melihat tingkah anak-anak muda kini, semakin pincang dan sonsang..
Seharusnya, Rasulullah itu menjadi contoh teladan. Selayaknya tujuan baginda diutuskan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam dan kerana pada diri baginda itu terdapat suri teladan yang baik yang sewajarnya kita jadikan sandaran dan panduan. Jaga akhlak kerna ia cerminan diri. Kerna ia melambangkan apa yang di dalam. Kerna ia sebagai kayu ukur (benchmark) sejauh mana aqidah itu tertanam dalam hati.
Diskusi tentang akhlak mulia, walaupun telah diajar semenjak sekolah rendah, walaupun nampak remeh, telah pun berlangsung selama hampir satu jam.. Hinggakan lahirlah sebuah 'equation' yang menarik untuk di fikir-fikirkan :
Input ------(proses)------> Output
Aqidah ----(ibadah)------> Akhlak
"Kurang adab kerana kurangnya ilmu".... Zupp!! Menyentap!!
"Buku ni sangat komprehensif. Bila dibaca, banyak sebenarnya yang kita sbg orang dewasa pun tak tahu / terlupa. Bagus baca buku ni. Saya buat hantaran untuk isteri saya dulu, hehe..." (owh laa... sempat lagi sambung yang belakang tue, haha...)
JOM !! AYUH !! Baiki Akhlak...
"YA Allah .. sepertimana Engkau merperelokkan kejadian kami,
perelokkan jugalah akhlak kami..."