Ketika saudara seaqidah menjerit kepiluan, kita masih mampu mengatur senyum dan ketawa...
Ketika anak-anak kecil di Palestin bersenjatakan batu mempertahankan tanah suci umat Islam, anak-anak kecil yang lainnya sibuk mengatur strategi perang di depan computer, alam maya yang penuh penipuan.
Ketika pemuda-pemuda di Palestin berlumuran darah di bedil peluru-peluru sesat Zionis, pemuda-pemuda yang lainnya berluruman darah kerana merempit dan bertelagah berebut perempuan. membanjiri pusat-pusat hiburan dan menghabiskan masa dengan perkembangan artis tempatan dan luar negara. Sedang penderitaan saudara sendiri terkubur di telan masa.
Ketika ibubapa di Palestin menanamkan semangan syahid dalam jiwa anak-anak untuk Islam, ibubapa yang lainnya menyuntik semangat berjuang agar anak-anak berjaya menjadi johan nyanyian dan lakonan.
Ketika orang-orang tua di Palestin menghabiskan hari-hari dengan doa agar anak cucu beroleh kemenangan untuk tanah yang sekeping itu, orang-orang tua yang lainnya menghabiskan hari-hari dengan melepak di kedia kopi dan bersembang kosong.
Nabi SAW ada bersabda: “Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan.”
Berkata seorang sahabat: “Adakah ia lantaran jumlah kita yang sedikit?”
Nabi menjawab: “Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih-buih ketika berlaku banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu.”
Sahabat-sahabat bertanya: “Apakah dia al-wahan?”
Bersabda Nabi: “Cintakan dunia dan takutkan mati.”
(Riwayat Imam Abu Daud.)
Wahai pemuda-pemuda Islam sekalian. Besarnya peranan kita di bumi Tuhan ini. Bukan sekadar hidup menumpang, menunggu saat pulang kesisiNya. Kitalah roh-roh yang tepilih, unuk menghidupkan bumi ini dengan kalimah Islam. Hidup ini amanah, jangan sesekali disia-siakan. Hidup ini juga pinjaman, jangan merasa kita yang memilikinya.
Gunakanlah masa remaja, ketika masih punya tenaga dan kekuatan. Salurkanlah untuk Islam kerana itulah matlamat keidupan, mencari keredhaan Allah. Tinggalkanlah perkara yang sia-sia kerana ianya akan mengundang murka, dari Allah tuhan mencipta.
Sekecil mana pun usaha kita, besar nilainya disisi Allah, andai niat itu dimurnikan. Sebesar mana pun pangkat dan kekayaan, tidaklah ada nialainya disisi tuhan, andai tidak digunakan untuk Islam.

Mengapa dikejar dunia yang sementara, sedangkan kita tahu MATI itu pasti.
Sejauh mana kita bersedia untuk menghadapinya??
Ikhalaskan hati dalam beramal, moga bertemu ketenangan,
Tabahkan hati dalam berjuang, moga bertemu kemenangan.
Bersatulah dibawah kalimah tauhid,
Tiada tuhan salian Allah,
Nabi Muhammad pesuruh Allah...