Pages

28 Jan 2014

12:47

Alhamdulillah, berkesempatan untuk menghadiri talk pengurusan kewangan by en Suzardi atau lebih mesra dengan gelaran pakdi (website beliau). Terpanggil untuk share sedikit apa yang pakdi sampaikan, moga bermanfaat. Secara ringkasnya, konsep yang dibawa ialah pengurusan harta melalui ibrah kisah Nabi Yusuf

12:47
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh 7 tahun berturut-turut,
kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya;
kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. [12:47]

Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut
Kata nak urus harta kan? so kena lah ada harta dulu baru boleh menguruskanya. 7 tahun petama selepas tamat belajar adalah masa kritikal untuk kita bekerja sungguh2. Buat yang terbaik dalam apa juga yang kita lakukan selagi tak melanggar syariat. Aim untuk sentiasa improve diri, naik pangkat etc.

kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya
Bahasa mudahnya simpan duit atau menabunglah. Belajar untuk simpan dulu baru belanja rather than kalau ada duit lebih baru simpan. Duit adalah medium of exchange yang terdedah kepada risiko inflasi. Duit boleh disimpan dalam bentuk aset dan terdapat 3 jenis aset:
  • aset tunai (simpanan di bank), 
  • aset berkembang (e.g. tanah, perniagaan, pertanian, saham) dan 
  • aset tak berkembang (logam e.g emas dan perak - nilainya pada sesuatu masa bergantung kepada berat).
kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
Pendapatan - Simpanan = Baru belanja.
Zaman sekarang, kita terdedah dengan mindset bahawa berjaya itu adalah dengan memilik kereta mewah, rumah besar, majlis perkahwinan yang gah etc. Dare to be diffirent. Berbelanja mengikut kemampuan dan yang penting berbelanja dengan "concious mind". Check balik barang-barang yg kita beli, liabiliti atau aset?

Last but not least, few tips from pakdi
  • Record every single transaction every day for at least 3 months. Review your cash flow, and do something!!
  • Berbelanja dengan duit tunai. Set perbelanjaan mingguan dan withdraw duit once a week. Hiduplah dengan budget yg kita dah set walau terpaksa merana dipenghujung minggu hehe.. Its not easy but lets try our best insyaallah =)
  • Kurangkan mengeteh - perbelanjaan picisan yang selalu terlepas pandang dan boleh dielakkan. Biasanya dlm rekod kewangan akan selalu masuk under lain2 sbb x dpt trace balik. 
  • Kempen si hijau (RM5) untuk ajar diri menabung. Caranya setiap kali si hijau muncul, kene masuk tabung, tak boleh digunakan. Boleh upgrade kepada kempen si merah, si oren etc ikut suka hati. (Untuk lebih mencabar, dont forget point no 2. Even si hijau muncul, disimpan dan tak digunakan, its not an excuse to spend more than what you have set...) 
  • Kalau kte nak mula melabur, pastikan kita pakai duit lebih sahaja. Maksudnya kewangan dah stabil. Jangan melabur selagi benda yang asas tak lepas.



Sekian catatan ringkas sy di tambah komen farah yg dipetik dr fb tapi belum minta izin beliau huhu... sorry ye farah. Semoga Allah beri rezeki lebih besar kpd kita supaya kita dpt mengeluarkan lebih bnyk zakat dan sedekah. Amin..

"An investment in knowledge always pays the best interest" 
- Benjamin Franklin.

22 Jan 2014

Elmy & Shafeeq


Barakallahulakuma Elmy dan Peeq.
The first Sepintar0206 couple... =D

Semoga Bait muslim dilimpahi sakinah, mawaddah wa rahmah...

14 Jan 2014

Happy?

“You know why it’s hard to be happy?
It’s because we refuse to let go of the things that make us sad.”

You May Not Realize It, 
But These Little Things Are Making You Unhappy 
[click to read more]

8 Jan 2014

A letter

From Single Aiman To Married Aiman
[click to read more]

Be open to change. You’re not perfect. You don’t know everything. There’s always something new to learn. Something new to improve.
Find the good in people. Everyone has flaws; your wife has flaws and your kids have flaws. You have flaws. But choose to focus on the good and always mention the good, and seek to improve the not-so-good.
Can I have something like this for my wedding cake?
Dear future husband, please take note haha!!

7 Jan 2014

Good bye 2013, welcome 2014..

Fuhh... Lama tak jengah blog ni. Hidup segan mati tak mahu.

Mencari waktu, beri ruang untuk diri, mencari rentak, mentajdid niat, menulis kerana Allah ... haha cliché habis... Tak mudah, tapi it has to start somewhere, sometime. What better time than now? May Allah ease everything insyaallah. Amin.. =D


Rindunya nak tengok world cup dgn Farha dan Amerlia di 20 City Road   
Good bye memories, welcome hopes...

30 Oct 2013

The Designer is perfect.

There are many pieces that make up our lives: Moments that break us. Moments that raise and shape us. Decisions we make to hold on. Or let go. People who enter our lives and leave us changed forever. The ones we love, the ones that hurt us, or heal us, or leave us. Sometimes we don't understand these pieces—or even despair over them. It’s only when time goes by and we look back, that we suddenly can see our whole life like a perfectly designed puzzle.

Don’t be afraid of the puzzle piece you’re in now. 
It will fit perfectly…just like the rest. 
How could it not? 
The Designer is perfect.

-Yasmin Mogahed-

15 Oct 2013

--Rainer Maria Rilke--

"Have patience with everything that remains unsolved in your heart. Try to love the questions themselves, like locked rooms and like books written in a foreign language. Do not now look for the answers. They cannot now be given to you because you could not live them.It is a question of experiencing everything. At present you need too live the question. Perhaps you will gradually, without even noticing it, find yourself experiencing the answer, some distant day."

8 Oct 2013

Words

They are nothing but letters on a page.
But they have the power of swords to shatter.
Or, the cure, to heal.

--Yasmin Mogahed--

25 Aug 2013

Semalam

Proton Wira biru itu..

Umurnya dah nak masuk 18 tahun. Langgar pagar pernah, Langgar tembok pernah, Langgar kereta buruk pun pernah. Keluar masuk bengkel dah beberapa kali. Mak kata "tua-tua kereta ni pun, dengan kereta ni lah 3 orang belajar bawak kereta"

Pagi semalam kipas keep on berpusing walaupun dah matikan enjin. Minta tolong pak cik Anuar, jiran sebelah tengokkan, dia suruh segera hantar ke bengkel, takut nnt bateri habis. Disebabkan JKKK ada jamuan raya dan mak nak ke dewan utk tolong apa yg patut pagi ni, maka dgn yakinnya biarkanlah dulu. petang nnt lah baru hantar.

Stress..

"Kak, kereta berbunyi tu kenapa?" tegur Pak Cik Jo kepada Mak.
"Kipas berpusing tak nak stop"
"Kena hantar cepat, makan betri tu"

Aduh.. Tetamu baru nak datang, makan pun x sempat lagi. Dengan berat hati, pergilah juga hantar ke bengkel. Tak dapat selesai, abg kedai suggest bengkel lain kat Pekan Rawang. Cuak sbb x biasa pergi tempat tu. Call mak and adik berkali2 tak angkat. Dah dpt call x sempat cakap credit habis pulak, tggu2 call back x de juga... Tengah hari, sorng2 tak tahu nak buat ape. Geram!! Top up sekejap. Berjaya call balik adik, dengan pantasnya terkeluar kata2 yg x sepatutnya. Astaghfirullahal 'azim, bahana berkata-kata bila hati tengah panas.

Pak cik pak cik itu..

Pendek cerita, tersebarlah cerita "kipas berpusing" ke telinga beberapa pak cik2 (merangkap bekas kawan arwah abah) yg sama hadir ke jamuan raya. Pak cik Rozman pun suggest bengkel yg sama so kereta pun selamat ke bengkel yg sepatutnya.

"Kereta saya kipas berpusinglah wpun dah mati enjin. Kenapa ye?"
Tanpa sepatah kata, uncle kedai tengok-tengok2, keluarkan alat dan buat kerja. Eh.. X bagitahu pun apa masalah, harga ke apa ke. Normal eh mcm tue? Tawakkal je lah, harap2 x mahal sgt and tak kena tipu. Kurang lebih 10 minit menunggu kereta, ternampak kelibat pak cik Anuar lalu, parking dan terus ke keretaku sambil borak2 dengan uncle kedai.

"Eh, kereta rosak juga ke pak cik?" Saja bertanya.
"Tak lah, datang tengok ko lah ni"
Terkedu. Biar betul ni. Sungguh pun x berapa nak jauh dari rumah, tp jauh jugaklah... Allahu. Memang pun dia datang utk tengok kereta dan tunggu sampai selesai. "Berapa uncle?" "30 ringgit" Eh, baiki punya lama, 30 ringgit je? Was-was, sama ada betul 30 je atau dah dibayar sebahagiannya wallahu 'alam.

Balik terus ke dewan JKKK, tetamu dah balik, pak cik mak cik tengah berkemas. Pak cik Azman dgn semangatnya "Haa, kereta tadi ok dah? Pak cik nak ikut pergi sekali td tapi x sedap plak berdua" haha gelak je lah.. "Next time bgtahu kitorg kalau de masalah ke ape. kalau tak bgtahu kitorg tak taw." Pak cik kat sebelah tersenyum...

Pak cik pak cik itu semuanya, suatu ketika dulu sama-sama berhabis masa di markaz dengan arwah abah, sama-sama buat "progran" bersama arwah abah, sama-sama berbulatan gembira barangkali bersama arwah abah. Sama-sama. Berjemaah. Kalau pun mungkin berjemaah itu terlalu "shadid" bunyinya, kepedulian mereka itu, sungguh harus jadi contoh buat yg mengaku diri sebahagian dari jemaah Islam.

Selalu kita tak tahu, apa perkara baik yang kita buat masa hidup, berbalas kebaikan kepada mereka yang kita tinggalkan bila kita pergi. Lalu Nadiah, buatlah baik selagi mampu, kerana Dia. Sungguhpun susah, itu tanda ada mujahadah, biar sekelumit cuma, kerana syurga itu anugerah Dia bukan kerana amal kau yang tak seberapa. 




... and yes, saya mmg takut bawak kereta, tp bawak jugalah bila x de org lain yg available, tapi tak perlulah abg kate begini "Dik, baru lesen L ke? parking pun lambat" Ciss!! Walaupun saje bergurau tapi tercalar woo hati...