Alhamdulillah, berkesempatan untuk menghadiri talk pengurusan kewangan by en Suzardi atau lebih mesra dengan gelaran pakdi (website beliau). Terpanggil untuk share sedikit apa yang pakdi sampaikan, moga bermanfaat. Secara ringkasnya, konsep yang dibawa ialah pengurusan harta melalui ibrah kisah Nabi Yusuf
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh 7 tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. [12:47] |
Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut
Kata nak urus harta kan? so kena lah ada harta dulu baru boleh menguruskanya. 7 tahun petama selepas tamat belajar adalah masa kritikal untuk kita bekerja sungguh2. Buat yang terbaik dalam apa juga yang kita lakukan selagi tak melanggar syariat. Aim untuk sentiasa improve diri, naik pangkat etc.
kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya
Bahasa mudahnya simpan duit atau menabunglah. Belajar untuk simpan dulu baru belanja rather than kalau ada duit lebih baru simpan. Duit adalah medium of exchange yang terdedah kepada risiko inflasi. Duit boleh disimpan dalam bentuk aset dan terdapat 3 jenis aset:
- aset tunai (simpanan di bank),
- aset berkembang (e.g. tanah, perniagaan, pertanian, saham) dan
- aset tak berkembang (logam e.g emas dan perak - nilainya pada sesuatu masa bergantung kepada berat).
kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
Pendapatan - Simpanan = Baru belanja.
Zaman sekarang, kita terdedah dengan mindset bahawa berjaya itu adalah dengan memilik kereta mewah, rumah besar, majlis perkahwinan yang gah etc. Dare to be diffirent. Berbelanja mengikut kemampuan dan yang penting berbelanja dengan "concious mind". Check balik barang-barang yg kita beli, liabiliti atau aset?
Last but not least, few tips from pakdi
- Record every single transaction every day for at least 3 months. Review your cash flow, and do something!!
- Berbelanja dengan duit tunai. Set perbelanjaan mingguan dan withdraw duit once a week. Hiduplah dengan budget yg kita dah set walau terpaksa merana dipenghujung minggu hehe.. Its not easy but lets try our best insyaallah =)
- Kurangkan mengeteh - perbelanjaan picisan yang selalu terlepas pandang dan boleh dielakkan. Biasanya dlm rekod kewangan akan selalu masuk under lain2 sbb x dpt trace balik.
- Kempen si hijau (RM5) untuk ajar diri menabung. Caranya setiap kali si hijau muncul, kene masuk tabung, tak boleh digunakan. Boleh upgrade kepada kempen si merah, si oren etc ikut suka hati. (Untuk lebih mencabar, dont forget point no 2. Even si hijau muncul, disimpan dan tak digunakan, its not an excuse to spend more than what you have set...)
- Kalau kte nak mula melabur, pastikan kita pakai duit lebih sahaja. Maksudnya kewangan dah stabil. Jangan melabur selagi benda yang asas tak lepas.
Sekian catatan ringkas sy di tambah komen farah yg dipetik dr fb tapi belum minta izin beliau huhu... sorry ye farah. Semoga Allah beri rezeki lebih besar kpd kita supaya kita dpt mengeluarkan lebih bnyk zakat dan sedekah. Amin..
"An investment in knowledge always pays the best interest"
- Benjamin Franklin.